09 Januari 2014

RAKYAT SELANGOR & KL TIDAK RUGI SOKONG PAKATAN...APA SEBABNYA


Krisis air Selangor: Kecekapan , pengalaman dan ketegasan TS Khalid Ibrahim membuat pihak pemegang konsensi air akan tunduk, kelicikan permainan politik tidak semestinya mampu mengoptimumkan aset-aset negeri dan negara.......percayalah tanpa amanah seseorang itu hanya mengutamakan diri... 

Admin terkena tempias bila konsensi bekalan air diswastakan di Kedah....sebenarnya syarikat kroni politik ini tidak peform langsung....nrw masih ditahap 38% pada 2010 selepas berpuluh tahun diswatakan...maka kehilangan air siapa kena tanggung...glc kerajaan negeri kena tanggung buta......ada satu kes contoh dimana ada kecurian air didepan mata tiada tindakan , kedai 2 unit, rumah sewa dan rumah tuan....berapa sebulan rugi....lokasi lebihkurang 500 meter dari loji air......jadi apa gunanya pengswastaan tanpa menguntungkan negeri dan kos yang tinggi akan digalas kepada pengguna....

TheMalaysianInsider melaporkan:

Kerajaan Negeri Selangor hari ini memuktamadkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 akan disambung semula selepas melalui beberapa rundingan dengan kerajaan Pusat bagi mengatasi masalah air yang kerap melanda negeri berkenaan, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim


Abdul Khalid berkata, kerajaan Pusat yang ditadbir Barisan Nasional (BN) melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) juga bersetuju menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 bagi mengambil alih tiga konsortium air di negeri berkenaan. -

Akhirnya dah semakin nampak jelas yang Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor akan menang dalam isu krisis air di Selangor ni.

Walaupun kerajaan negeri tak berjaya dalam usaha untuk ambilalih syarikat konsesi tapi nampaknya penswastaan air di Selangor akan berjaya ditamatkan jugak.

"Kementerian melalui surat bertarikh 9 September 2013 telah menyatakan hasrat untuk mengambilalih hal ehwal dan pengurusan air mengguna pakai Seksyen 114 WSIA sekiranya tiada penyelesaian berhubung rancangan pengambil alihan konsesi air oleh kerajaan negeri dengan syarikat konsesi pada 31 Disember 2013," kata Abdul Khalid kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu berkata, rancangan kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) untuk mengambil alih konsesi air berkenaan gagal selepas "jangkaan tidak realistik di kalangan pemegang saham yang berkenaan terhadap nilai ketara pegangan ekuiti mereka dalam syarikat konsesi air."

"Perbincangan yang kami lakukan untuk pengambil alihan atas dasar 'willing buyer willing seller' seperti ditetapkan kementerian telah gagal dimuktamadkan pada tarikh tamat tempoh rundingan iaitu pada 31 Disember 2013.

"Sehubungan itu, saya telah berbincang dengan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili semalam dan bersetuju untuk memberi kerjasama penuh kepada kementerian dan kerajaan Pusat menggunapakai Seksyen 114," katanya selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini.

Kerajaan Negeri dah cuba bincang elok-elok tapi depa tak setuju jugak, jenis kapitalis memang takkan setuju la kalau depa dasa depa boleh dapat harga lebih baik. Bila dah guna undang-undang ni mau tak mau depa terpaksa jual jugak, dan bab harga aku rasa Khalid Ibrahim tak berapa peduli sangat kut pasai bukan kerajaan negeri yang kena keluar duit tapi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Kerajaan Negeri Selangor bagaimanapun meletakkan syarat agar Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melantik dua pentadbir syarikat konsesi berkenaan iaitu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Suhaimi Kamaralzaman dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI) Faekah Husin.

"Ini adalah perlu kerana Selangor memiliki kebanyakan dari aset air di negeri ini dan Kuala Lumpur," katanya yang juga ahli Parlimen Bandar Tun Razak. -

Kerajaan Selangor sebelum ini telah menawarkan sejumlah RM9.65 bilion untuk mengambil ekuiti tiga syarikat konsesi air di negeri berkenaan iaitu; Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas); Konsortium Abbas Sdn Bhd; Puncak Niaga Sdn Bhd; dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd.

Rancangan pengambil alihan berkenaan dilakukan ekoran rungutan dan kekhuatiran masyarakat terhadap masalah bekalan air yang melanda Selangor.

Pertikaian berhubung isu air di Selangor mula mendapat perhatian apabila pembinaan Loji Langat 2 dihentikan kerajaan PR selepas Pilihan Raya 2008 apabila pakatan pembangkang berkenaan menewaskan BN di Selangor.

Ekoran kekerapan berlakunya gangguan bekalan air, kedua-dua pihak, kerajaan negeri dan SYABAS sering betelagah menyalahkan satu sama lain.

BN seringkali menggesa kerajaan PR Selangor untuk membenarkan pembinaan Loji Langat 2 bagi mengatasi masalah kekurangan takungan air bersih di negeri tersebut, dan mereka turut menjadikannya sebagai isu bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Abdul Khalid turut dilaporkan sebelum ini berkata masalah air di negeri Selangor hanya boleh diselesaikan jika PR berjaya menawan Putrajaya.

Abdul Khalid turut menuduh kerajaan negeri BN terdahulu yang menyebabkan gangguan air.

"Kerajaan Selangor bersungguh-sungguh untuk menyakan penyusunan semula industri perkhidmatan air serta pengambil alihan syarikat konsesi air kerana adalah nyata mereka telah gagal memberi perkhidmatan yang baik dengan tariff yang berpatutan walaupun telah mengaut keuntungan yang tinggi," kata Abdul Khalid lagi.


1 ulasan:

Awanama berkata...

bahana pengswastaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...