09 Januari 2014

PANAS ! SELEPAS 7 BULAN MUKRIZ JADI MB, BELANG BELIAU SUDAH TERBONGKAR...KEDAH BAKAL DIGONDOLKAN?




Bina Darulaman Berhad (BDB) mengumukan kepada Bursa Malaysia mengenai perlantikan En Izham Yusoff sebagai Pengarah Urusan Kumpulan BDB bermula 1 Feb 2014, seperti yang dilaporkan dalam akhbar The Star 8 Januari 2014.

http://archives.thestar.com.my/archives/2010/8/5/business/b_pg09amiruddin.jpgSehubungan itu Dato' Amiruddin Hamzah menyarankan agar MB Kedah Datuk Mukhriz dapat membuat penilaian semula agar sehingga siasatan selesai supaya Negeri Kedah ini tidak terjerumus kearah kehancuran ekonomi sebagaimana Negara Malaysia tercinta ini.berikut ialah kenyataan Dato' Amiruddin Hamzah kepada Media susulan pengumuman tersebut.

Dari maklumat yang saya perolehi, perkhidmatan En Izham sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif di Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) akan tamat pada 31.1.2014. Walaubagaimanapun terdapat rasa tidak puas hati terhadap prestasi beliau dari kalangan Ahli Lembaga Pengarah PNMB, pihak pengurusan PNMB serta kakitangan PNMB. Malahan terdapat "ugutan" yang telah dikeluarkan oleh pihak Kesatuan Sekerja PNMB bahawa sekiranya kontrak En Izham dilanjutkan, mereka akan turun berpiket!

Sudah tentu kesemua pihak yang disebut di atas mempunyai sebab kenapa mereka tidak mahu kontrak En Izham dilanjutkan. Antara maklumat yang diperolehi ialah beliau sedang disiasat oleh pihak Juruodit Khas Kementerian Kewangan atas beberapa salahlaku. Pihak kakitangan juga sanggup turun berpiket kerana didakwa beliau mempunyai masalah "public relation" PR yang kronik dengan kakitangan. Kita tidak mengatakan bahawa En Izham bersalah diatas kes-kes salahlaku yang masih dalam peringkat siasatan, namun pihak BDB (atau pihak Kerajaan Negeri Kedah yang merupakan pemegang saham terbesar dalam BDB melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah - PKNK) seharusnya mengambil sikap tunggu dan lihat sehingga diputuskan samada beliau bersalah atau tidak. Ini adalah kerana beliau akan menjadi peneraju utama di BDB dan adalah amat malang sekiranya individu yang tercalar integritinya di syarikat lain diambil untuk mengepalai satu-satunya syarikat kerajaan negeri yang tersenarai dipapan utama Bursa Malaysia.

Saya pernah bertanya kepada YAB MB Kedah (sekitar bulan Jun 2013) tentang kedudukan Pengarah Urusan Kumpulan BDB yang lalu (ketika itu beliau masih berkhidmat serta berjaya meningkatkan prestasi BDB dari keuntungan sebanyak RM16.5juta pada tahun 2007 kepada RM30.1juta pada tahun 2012 dan kontrak beliau hanya akan tamat pada Mac 2015), beliau memberitahu yang Pengarah Urusan Kumpulan tersebut akan diberi notis untuk diberhentikan kerana MB sudah mempunyai calonnya tersendiri dengan visi baru untuk BDB. Namun setelah hampir 7 bulan kemudian baru pengisian jawatan ini dibuat. Saya menjangkakan yang MB mempunyai calon yang "extraordinary" dan mungkin berjaya menarik minat anak Kedah yang berada di luar negara melalui Talent Corp untuk kembali menabur bakti di Kedah. Apakah setelah 7 bulan berlalu, seorang yang integritinya dipersoalkan diambil untuk mengepalai BDB?

Saya juga mendapat maklumat terdapat perkara yang "aneh" berlaku setelah En Izham dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah BDB dan Pengerusi Exco sehingga BDB hilang hasilnya berjuta-juta ringgit. Saya belum bersedia untuk mendedahkan perkara ini kerana masih mengumpulkan maklumat.

Saya menyeru kepada YAB MB Kedah untuk menangguhkan pelantikan En Izham sebagai Pengarah Urusan Kumpulan BDB sehinggalah dibuktikan tiada kes salahlaku semasa beliau menerajui PNMB. Sudah tentu Negeri Kedah yang berbangga menjadi negeri pertama yang menandatangani Janji Integriti dalam memerangi rasuah dan salahguna kuasa, seharusnya "walk her talk" dengan tidak melantik mana-mana individu yang tercalar integritinya.

Dato' Amiruddin Hamzah
8 Januari 2014

2 ulasan:

Awanama berkata...

Balak di Kedah bakal digondolkan. Terlalu banyak lori balak berulang-alih dari Sik ke Bukit Selambau. Jumlah ini lebih ketara baru-baru ini... sehingga jalan Jeniang Bukit Selambau makin rosak. Ada sesuatu di pendalaman negeri Kedah. Mohon pihak berkenaan menyiasat perkara ini.

Hati Muda berkata...

selagi boleh sapu... kasi licin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...