27 Disember 2013

TERPANAS ! PEMILIK AKAUN FB...GULING KERAJAAN DITAHAN POLIS !!!

Pemilik akaun Facebook Asmaelz Hadzeny II ditahan polis

KUALA LUMPUR: Polis telah menahan suspek pemilik akaun Facebook, Asmaelz Hadzeny II yang dipercayai membuat kenyataan berbaur hasutan mengajak orang ramai menyertai perhimpunan menggulingkan kerajaan.

Perkara tersebut disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Hadi Ho Abdullah menerusi laman rasmi Facebook Polis DiRaja Malaysia (PDRM) hari ini.

Menurut Hadi, suspek yang merupakan seorang penganggur itu telah ditahan pada jam 11.00 pagi hari ini (26 Disember) di Saratok, Sarawak.

"Penganggur yang berusia 25 tahun itu dalam proses untuk dihantar ke Kuala Lumpur bagi membantu siasatan," katanya.



Jelas Hadi, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Suspek telah didapati menulis kenyataan yang dipercayai menghasut orang ramai melakukan rusuhan bagi mengguling kerajaan pada Disember ini.

Dalam kenyataan menerusi akaun Facebooknya itu, suspek turut meminta orang ramai membekalkan bom untuknya bagi tujuan rusuhan tersebut.


Berikutan itu, polis telah membuka kertas siasatan dan menubuhkan pasukan khas dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman bagi menahan Asmaelz Hadzeny II serta mana-mana pihak dan individu yang terlibat dalam perhimpunan itu.

Polis juga kini sedang giat mengesan beberapa individu lain yang disyaki turut terlibat menghasut orang awam menghadiri perhimpunan yang dijangka pada ambang tahun baharu 31 Disember ini.


Read more :SUMBER

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...