24 Disember 2013

GEMPAR ! SERANGAN BERANI MATI DI BUKIT AMAN , KETUA POLIS & MENTERI TERBUNUH????


PEH....BERITA PALSU RUPANYA......DARI DIANA BATU CAVES

DIBAWAH PENJELASAN DARI PDRM


TIADA BERLAKU INSIDEN PENGEBOMAN: PDRM menafikan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh sebuah laman Facebook yang mendakwa berlakunya pengeboman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang mengakibatkan kematian dan kecederaan beberapa pegawai serta anggota polis.

Adalah dimaklumkan keadaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman adalah tenang dan beroperasi seperti biasa.

Berikutan penyebaran khabar angin tersebut, satu laporan polis telah dibuat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kepada awam, yang membawa hukuman penjara dua (2) tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Perbuatan menyebarkan berita palsu adalah perbuatan yang keji dan PDRM akan mengambil tindakan yang tegas terhadap pelaku ini.

Orang ramai diminta bekerjasama untuk tidak menyebarkan berita seumpama ini kerana pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang berbuat demikian.

SUPT Lai Lee Ching
SUPT Komunikasi Korporat
Urusetia KPN (Komunikasi Korporat)
Bukit Aman


SUMBER BERITA

Polis siasat pemilik FB '1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Pimpinan DS Najib' kerana sebar berita palsu
Laporan mengenai pengeboman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di atas yang telah disiarkan oleh pemilik '1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Pimpinan DS Najib' adalah satu laporan palsu menurut Polis.

Admin laman Facebook macai tersebut telah mendakwa berlakunya pengeboman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang mengakibatkan kematian dan kecederaan beberapa pegawai serta anggota polis.

Bagaimanapun pihak Polis telah menafikan kejadian tersebut..berikutan penyebaran khabar angin itu, satu laporan polis telah dibuat.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kepada awam, yang membawa hukuman penjara dua (2) tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Bodoh punya macai ni.. dah tak ada kerja sangat ke?..

Kenapa aku kata macai punya kerja?.. tengok ni..


APA KESUDAHANNYA.....ADAKAH TANGKAPAN AKAN DIBUAT OLEH PIHAK POLIS?

4 ulasan:

Cik Itah berkata...

eh eh berani sungguh dia buat berita palsu..

Unknown berkata...

ingatkan cerita bom berani mati kat Danok tadi...ishishish...M'sia masih aman..duduk jelah diam2 kat Bukit Aman...

Unknown berkata...

Tak tahulah apa pekdahnya buat berita palsu macam ni. Kalau nak buat gempaq pun biarlah berpada dan tidak membimbangkan orang ramai

Tanpa Nama berkata...

INI POLIS SENDIRI REKA CERTA.NAK BUAT MACAM CIA LE.BOM ORANG TENGAH LARI RAMAI RAMAI DAN BAGI TAHU RAKYAT PENGANAS MACAM JUGA 11 SEPTEMBER.ALAH NAK BODOHKAN RAKYAT CARI CERTA LAIN LE.NANTI RAKYAT MALAYSIA KETAWA MACAM CERTA LAHAD DADU KAKKAKKAKAKKAKAKA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...