28 Disember 2013

PANAS ! MOTOR KAPCAI BAKAL DILARANG GUNA LEBUHRAYA, MOTOSIKAL KUASA TINGGI KENA TOL??




Motosikal berkapasiti rendah akan dilarang menggunakan lebuhraya? Motosikal berkapasiti tinggi perlu membayar tol?

Menjelang tibanya tahun baru 2014, kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya yang berpendapatan menengah dan rendah mulai resah mengenangkan keadaan ekonomi semasa masing-masing yang kian membebankan.

Bermula dengan kenaikan harga petrol dan gula, serta bakal diikuti dengan kenaikan bayaran tol di lebuhraya, tarif elektrik dan sebagainya, ramai yang tertanya-tanya perkara apakah lagi yang bakal mencengkam kehidupan mereka mulai tahun depan?

Menurut laporan yang disiarkan oleh laman CBT kelmarin, Putrajaya dikhabarkan bakal mempertimbangkan cadangan untuk melarang para pengguna motosikal berkapasiti rendah daripada menggunakan lebuhraya, pada masa yang sama para penunggang motosikal dengan kapasiti lebih besar akan dikenakan bayaran tol.

Putrajaya juga dikhabarkan sedang melakukan kajian untuk membina laluan motosikal di semua lebuhraya di seluruh negara agar penunggang-penunggang motosikal kecil tidak lagi perlu menggunakan laluan biasa di lebuhraya seperti mana yang diamalkan ketika ini.

p/s : Kalau betul Putrajaya mahu membina laluan motosikal berkapasiti rendah yang berasingan di semua lebuhraya di seluruh negara, harap laluan tersebut biarlah mempunyai saiz yang bersesuaian agar tidak berlakunya kesesakan atau boleh mendatangkan risiko kemalangan.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...