16 Disember 2013

TERPANAS ! AKSI TERLAMPAU SEORANG ANGGOTA POLIS KANTOI..APABILA PERBUATAN BELIAU DIRAKAM DAN TRENDING DI FB



Anggota polis itu dilihat menampar salah seorang lelaki terbabit.

 Video Klip Anggota Polis Kasari Warga Asing Tersebar Di FB

VIDEO  KEJADIANYANG DIRAKAMKAN BOLEH DILIHAT DISINI

GEORGE TOWN: Sebuah klip video menunjukkan seorang polis bertindak mengasari dua lelaki di tepi jalan, tersebar di laman sosial Facebook.
Dalam klip video itu, anggota polis itu dilihat menjerit dan menampar salah seorang daripada mereka.

Dia kemudiannya meminta dokumen peribadi daripada kedua-dua lelaki terbabit yang dipercayai warga asing. Ketika dihubungi, Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata anggota polis itu  bertugas di balai polis Bayan Baru sebelum dia dipindahkan dengan serta-merta ke pusat operasi di ibu pejabat polis daerah Balik Pulau.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata langkah itu diambil sementara menunggu siasatan yang dijalankan oleh Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM).  "Anggota polis berkenaan sudah ditukarkan serta-merta," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdul Rahim turut menegaskan PDRM tidak berkompromi dengan pegawai dan anggotanya yang melakukan kesalahan sehingga mencemarkan nama dan imej PDRM.

"Arahan telah dikeluarkan kepada semua ketua jabatan, ketua polis daerah dan ketua formasi untuk memastikan semua pegawai dan anggota di bawah seliaan mereka melaksanakan tugas mengikut undang-undang.

"Jangan sesekali bertindak di luar batasan serta melakukan perkara yang mencemarkan imej pasukan," tegasnya.

Kenyataan Abdul Rahim itu adalah susulan penyebaran rakaman video menerusi laman sosial sejak Jumaat lalu yang memaparkan perbuatan seorang anggota polis menampar seorang individu dipercayai warga asing, kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri.

 
Kejadian dipercayai berlaku di depan sebuah klinik swasta di Bayan Baru

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...