16 Disember 2013

TERHOT ! MALAYSIA SENTIASA AMAN MENTERI DIROMPAK , DITIKAM DAN KERETA DILARIKAN !!!!!!!!!!


Menteri Muda Sarawak dirompak, kereta dilarikan





Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Sarawak, Liwan Lagang dirompak dan kenderaannya dilarikan dua penjenayah dalam satu kejadian awal hari ini.

Menurut jurucakap polis, dalam kejadian 6.10 pagi itu Liwan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Belaga turut mengalami kecederaan di paha kanan akibat terkena pisau ketika bergelut dengan perompak terbabit.

"Kejadian berlaku ketika mangsa berhenti untuk membeli surat khabar di Kota Sentosa selepas menghantar anaknya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk balik ke Bintulu.

"Apabila beliau hendak keluar dari kenderaan pacuan empat rodanya, datang dua lelaki bersenjatakan pisau dengan seorang memakai topeng, mengarahkannya keluar dari kenderaan," katanya.

Beliau berkata, berlaku pergelutan antara Liwan dan suspek yang menyebabkan Menteri Muda itu mengalami kecederaan selepas terkena pisau sebelum ditarik keluar oleh suspek.

"Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri dengan memandu kenderaan milik beliau," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan Supt Pauzi Bujang mengesahkan kejadian dan polis sudah melancarkan gerakan mengesan suspek dan kenderaan yang dilarikan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...