02 Julai 2013

Selepas Kalut 'Apa Mau Lagi '...Penipuan kali kedua pulak? Reaksi umum terhadap pindaan Rang Undang-Undang..

Penipuan kali kedua? Reaksi umum terhadap pindaan Rang Undang-Undang


Sewaktu kerajaan membawa usul ke Parlimen pada Rabu berhubung rang undang-undang yang telah mencetuskan kontroversi, hal itu bukan sahaja mendapat perhatian orang ramai malah menyentuh hati mereka.

Isu berkenaan merujuk kepada Rang Undang-Undang Pentadbiran Islam (Wilayah Persekutuan) yang hangat diperkatakan berikutan motif kerajaan dan muslihat di sebaliknya.

Pengkhianatan terhadap bukan Islam. Bagi sesetengah orang, ini adalah kali kedua.


Mungkin ini penyebab corak penggundian bagi "bukan Islam" di "deposit tetap" Barisan Nasional (BN) di Sabah dan Sarawak. Begitu juga dengan perpecahan undi bagi masyarakat India.

Rujuk fakta di bawah.

Pada April 2009, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengumumkan kerajaan akan mengharamkan pernukaran agama secara automatik kepada agama Islam bagi kanak-kanak untuk menenangkan bukan Islam yang tinggal di Malaysia.

Beliau berkata anak kecil akan menganut agama ibu bapa mereka semasa perkahwinan meskipun salah seorang pasangan telah menganut agama Islam.

Namun kini rang undang-undang menyatakan kebenaran salah seorang penjaga sahaja sudah memadai bagi pertukaran agama anak kepada Islam.





Kitab yang diguna oleh penduduk Sabah dan Sarawak, terutamanya, mula-mula disekat, sehingga Idris Jala mewakili perdana menteri meluluskan penyebarannya tanpa apa-apa sekatan.

 - TMI filepicIsu kalimah Allah adalah salah satu lagi topik panas, terutamanya pada masa kini sejak kerajaan mengemukakan kes berkenaan ke Mahkamah Rayuan.

Kerajaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh akhbar mingguan Katolik, Herald.

Pada April 2011, sebelum Pilihan Raya Negeri Sarawak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala mengumumkan penganut Kristian di Malaysia Timur boleh menggunakan kalimah berkenaan.

Akan tetapi, pada April tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewaktu ditemubual oleh saluran televisyen antarabangsa Al Jazeera mengatakan beliau menyokong proses rayuan untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah "Allah" bagi merujuk kepada tuhan oleh penganut bukan Islam di Malaysia.

Kembali kepada Rang Undang-Undang yang bakal dibentangkan, terdapat satu lagi teori. 

Terdapat cakap-cakap tindakan untuk membentangkan Rang Undang-Undang itu merupakan satu langkah strategik kerajaan untuk memecah belahkan gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR).

Mungkin, ahli-ahli Parlimen PAS akan menyokong apabila ianya dibentangkan bercanggah dengan rakan-rakan PR mereka yang lebih sekular?

Seorang ahli politik veteran yang tidak mahu namanya didedahkan berkatam jika itu merupakan strategi kerajaan, ia akan memakan diri.


Ini adalah kerana parti-parti komponen seperti MCA dan MIC telah menyatakan pendirian mereka menentang Rang Undang-Undang ini.

"Ia akan mendedahkan kelemahan dalam gabungan Barisan Nasional apabila isu seperti kaum dan agama diuji seperti ini," kata ahli Parlimen itu.

Untuk memberikan kredibiliti kepada pemerhatian ahli Parlimen itu adalah senarai pemimpin parti komponen BN yang sudah menyatakan penentangan mereka secara terbuka.

Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu ternyata terkejut dengan pembentangan yang dilakukan oleh pihak kerajaan berhubung peruntukan yang mengundang kontroversi dan bakal memberi kesan kepada Perlembagaan dan hak beragama bukan Islam.

Bendahari Agung MIC Datuk Jaspal Singh turut terkejut terhadap Seksyen 107 (b) Rang Undang-Undang itu dan menyatakan perbuatan berkenaan meminggirkan Perlembagaan Persekutuan yang menjelaskan perlu mendapatkan kebenaran kedua ibu bapa bagi pertukaran agama anak.

Presiden UPKO dan bekas menteri Kabinet Tan Sri Bernard Dompok berkata peruntukan berkenaan bercanggah dengan aspirasi 1Malaysia yang mengenengahkan penerimaan, kesamarataan dan kesederhanaan.

Beliau telah meminta BN mengadakan perbincangan penuh berhubung isu berkenaan sebelum membentangkannya di Parlimen.

Presiden UPKO itu turut hairan bagaimana rang undang-undang berkenaan mendapat persetujuan Kabinet untuk dibawa ke Parlimen.

Beliau turut kecewa Rang Undang-Undang itu telah diluluskan oleh Kabinet untuk dibentangkan di Parlimen.

Timbalan Presiden Kongres Perundingan Kristian, Buddha, Hindu, Sikh, Taoisme (MCCBCHST) turut terperanjat dengan pembentangan peruntukan itu.

Beliau memberitahu isu berkenaan tidak pernah dibincangkan sewaktu perjumpaan baru-baru ini dan tiada sebarang keputusan dicapai.

Jagir turut bimbang terhadap satu lagi seksyen dalam Rang Undang-Undang berkenaan yang memberikan Mahkamah Syariah kuasa bagi menentukan seseorang itu mati dalam keadaan masih beragama Islam atau tidak.

Beliau memberitahu kuasa berkenaan semestinya diberi kepada mahkamah sivil.

Bekas Presiden MCCBCHST Datuk A. Vaithilingam turut menyuarakan hal sama di mana mahkamah sivil berhak memutuskan persoalan pertukaran agama anak.

Beliau berkata jelas dalam Perlembagaan Persekutuan isu seperti pendidikan dan agama terletak di bawah kuasa penjaga yang merujuk kepada pasangan ibu bapa.

Vaithilingam menambah orang Islam tidak perlu bimbang kerana mereka dilindungi oleh perlembagaan.

"Sebagai contoh, orang bukan Islam tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada orang Islam namun orang bukan Islam tidak mempunyai perlindungan ini," jelas beliau.

Ketua Gereja Katolik bagi keuskupan Melaka - Johor, Uskup Dr Paul Tan Chee Ing SJ, walaupun enggan menggelarnya sebagai pengkhianatan kerajaan tetap menggeluarkan kata-kata keras.

"Saya difahamkan pindaan ini bercanggah dengan keputusan diumumkan Kabinet pada 23 April, 2009 bahawa seorang daripada ibu bapa tidak boleh menukar agama anak kecil," kata Uskup itu.

"Jika demikian, ini bukan kali pertama keputusan Kabinet diatasi oleh petugas perkhidmatan awam - pemacu utama Islamisasi di negara ini.

"Sesungguhnya, ia bukan satu kejutan kepada saya janji Kabinet mengenai perkara penting adalah tidak bernilai." - tmi

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...