02 Julai 2013

Gempa Bumi Kuat di Sumatera Utara, Indonesia

Sekurang-kurangnya 50 cedera, bangunan runtuh gempa bumi di Aceh

LAMPAHAN (Indonesia): Sekurang-kurangnya 50 cedera manakala beberapa bangunan runtuh dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 6.1 yang menggegarkan barat laut wilayah Aceh di sini, hari ini.

Menurut Agensi Kaji selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi itu dikesan berpusat pada kedalaman 10 kilometer yang terletak 55 kilometer dari Bireun dan 72 kilometer di tenggara Reuleuet.

“Kami sudah menerima kira-kira 50 orang untuk menerima rawatan akibat cedera apabila dinding rumah mereka runtuh," kata Ema Suryani, seorang doktor di sebuah klinik di Bandar Lampahan, di Daerah Bener Meriah.

“Kecederaan yang dialami dari luka sehinggalah patah tulang," katanya.

Beliau berkata, penduduk yang cedera itu adalah dari beberapa perkampungan yang dibawa menerusi dua trak ke klinik berkenaan. - AFP



Pekerja di bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di Georgetown berkumpul di hadapan pintu masuk bangunan selepas merasai gegaran kira-kira jam 3.37 petang tadi.
Gempa bumi bermagnitud 6.1 pada skala Richter telah melanda Aceh, Indonesia, tadi.




Gempa Bumi Kuat di Sumatera Utara, Indonesia
Pada 02 Julai 2013, 03:37 petang

Satu gempa bumi Kuat bermagnitud 6.1 pada skala Richter telah berlaku di Sumatera Utara, Indonesia pada 03:37 petang, 02 Julai 2013. Pusat gempa bumi terletak di 4.7° Utara dan 96.8° Timur, 65km Barat Daya dari Lhokseumawe,Indonesia, 385km Barat Daya dari Balik Pulau,Pulau Pinang.


GEGARAN dirasai di P.Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Melaka. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat yang terkini.



Gempa bumi (ilustrasi)

Region: NORTHERN SUMATRA, INDONESIA


Geographic coordinates: 4.698N, 96.687E
Magnitude: 6.1
Depth: 10 km
Universal Time (UTC): 2 Jul 2013 07:37:02
Time near the Epicenter: 2 Jul 2013 14:37:03
Local standard time in your area: 2 Jul 2013 15:37:02

Location with respect to nearby cities:
55 km (34 mi) S of Bireun, Indonesia
72 km (44 mi) SE of Reuleuet, Indonesia
74 km (45 mi) SW of Lhokseumawe, Indonesia
87 km (53 mi) NE of Meulaboh, Indonesia
581 km (360 mi) WNW of Kuala Lumpur, Malaysia

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...