20 Julai 2013

HoT : Sah SPR Tidak Berani Saman Rafizi? Ini Memalukan BN Yang Bermatian Pertahan SPR...


SPR masih fikir sama ada mahu saman Rafizi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, ia masih memikirkan sama ada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berhubung dakwaan berkaitan dengan pembekal dakwat kekal untuk pilihan raya umum ke-13.

"Tak apalah jika (Rafizi) mahu mengatakannya pada bulan puasa, biarlah dia menghadapi akibatnya.



"Kita tidak ada masa untuk melayan orang yang menabur fitnah," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan  Omar dalam sidang akhbar di Gong Kedak Pangkalan Tentera Udara hari ini selepas memantau proses pengundian awal.

Beliau diminta mengulas dakwaan Rafizi di Parlimen bahawa beliau dan penerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mempunyai hubungan rapat dengan pembekal dakwat kekal bagi pilihan raya umum lepas, di mana ramai pengundi kemudian mengadu ia boleh dibasuh dengan mudah.

Rafizi kemudian mengulangi tuduhan di luar Parlimen, di mana dia tidak dilindungi oleh imuniti parlimen daripada tindakan undang-undang.

Wan Omar berkata, tuduhan tersebut tidak benar sama sekali dan menganggapnya sebagai satu fitnah dan pembohongan.

Katanya, beliau dan Abdul Aziz tidak mengendalikan perolehan itu secara langsung, tetapi sebaliknya, tugas itu diamanahkan kepada urusetia dan Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria.


Katanya, mereka mematuhi sepenuhnya arahan perbendaharaan dan setiap pegawai bertanggungjawab.



MP Kepala Batas Yang Mencabar Rafizi Membuat Kenyataan Di Luar Parlimen

SEBELUM INI SETIAUSAHA SPR MENAFIKAN MENGENALI PEMBEKAL DAKWAT KEKAL....JADI SIAPA YANG BERKUASA UNTUK BERURUSAN PERLANTIKAN PEMBEKAL.....?

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli boleh membuat apa-apa dakwaan di Dewan Rakyat kerana mempunyai kekebalan sebagai anggota Parlimen, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruddin Baria.Kamaruddin turut menafikan beliau mengenali pembekal dakwat kekal, Mohamed Salleh Md Ali yang dikatakan rapat dengan kepimpinan tertinggi badan pengendali pilihan raya itu seperti didakwa Rafizi.

Beliau juga enggan mengulas lanjut apabila diajukan pertanyaan berhubung latar belakang Mohamed Salleh.

"Saya tidak mahu jawab. Saya tidak kenal siapa Mohamed Salleh,” kata Kamaruddin ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam.  
 “Rujuk direktori jika mahu menghubunginya," katanya
.

 LAPORAN PENUH SINI

2 ulasan:

GEBU berkata...

MP Kepala Batas ni kita dah kenal sangat.....TAK CERDIK. Ada lebih baik kamu diam dari berkata2..... Nak jadi HERO macam filem tamil le tu!!!!!!!!!!

Awanama berkata...

Memalukan betul ler... Mp kepala batas ni Takder otak ker sokong pihak yang buat kesalahan.. Berapa juta wang rakyat lebur sebab tindakan spr pilih pembekal dakwat yang tidak layak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...