16 Julai 2013

KANTOI ! Masak SPR...Pembekal Dakwat Kroni Rupanya..... [ VIDEO PENDEDAHAN ]

Gambar: Perbahasan sebentar tadi saya telah maklumkan kepada Parlimen bahawa individu yang didakwa mendapat kontrak membekalkan dakwat kekal adalah Mohamed Salleh Mohamed Ali 671112-66-5021.

Terkejut dakwat tidak kekal? Dia adalah kenalan rapat kepada pimpinan tertinggi SPR.

Share & like page Rafizi Ramli untuk kita sama-sama desak pengesahan daripada menteri UMNO

Rafizi dedah pembekal dakwat kekal PRU13



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan pembekal dakwat kekal yang digunakan Suruhanya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu.

Menurut beliau, hasil kajian dan siasatan yang dijalankan oleh pihak beliau berkenaan kontrovesi dakwat kekal itu menemukan Mohamad Salleh Ali sebagai individu yang terlibat dalam membekalkan dakwat tersebut.

Tambah Rafizi, maklumat berkenaan pembekal itu didedahkan oleh orang dalaman SPR sendiri yang menyatakan bahawa individu itu mendapat kontrak membekal melalui rundingan terus.

"Rundingan terus membekalkan barang pilihan raya termasuk baju, topi dan yang paling hebat sekali dakwat kekal.

"Mengikut maklumat dalaman yang diberikan oleh SPR sendiri, kontrak-kontrak telah dirundingkan secara terus dengan syarikat-syarikat yang dikawal terus oleh seorang niagawan yang bernama 671112665021 dan 66 itu nombor kad pengenalan asal dari Singapura," dedah beliau.

Syarikat yang didakwa Rafizi membekalkan dakwat kekal yang digunakan pada PRU13 yang lalu ialah Integrated Challenger Sdn Bhd yang turut membekalkan topi dan juga t-shirt di bawah syarikat yang sama.




"Ada tiga syarikat yang dikawal oleh niagawan Mohd Salleh ini yang terlibat dengan rundingan terus ini termasuklah syarikat yang asasnya bernama Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd.

"Sebab itu saya minta dulu SPR dedahkan, sebab kalau kita dedahkan dia akan menimbulkan pelbagai persepsi yang tak baik,

"Selain Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd, ada dua lagi syarikat lain di bawah kawalan beliau yang menggunakan nama pekerja beliau termasuklah kerani beliau yang bernama Norsiah Yusuf 731002715026 yang juga ahli pengarah syarikat-syarikat yang dikawal Mohamad Salleh ini," jelas beliau ketika sesi Perbahasan Pembekalan Tambahan Kementerian Keewangan di Dewan Rakyat.

Beliau turut menambah bahawa individu ini merupakan kroni rapat kepada beberapa pemimpin kerajaan termasuk pengerusi dan timbalan pengerusi SPR.

Ekoran itu, banyak kontrak dan tender yang berjaya dikawal dan diuruskan oleh Mohamad Salleh di bawah beberapa nama syarikat yang lain.

"Syarikat yang dikawal oleh Mohamad Salleh banyak terlibat dengan kontrak-kontrak perbekalan kerajaan, bukan sahaja dakwat kekal malah beliau pernah juga mendapat kontrak terutama dalam kementerian pertahanan melalui syarikatnya satu lagi yang bernama Alson Corporation Sdn Bhd.

"Dakwat dia dapat, pertahanan dia dapat, jumbo trading pun dia dapat, sebabnya dia diberitakan rapat dengan kepimpinan kerajaan termasuklah juga dengan pengerusi dan timbalan pengerusi SPR," tambahnya lagi.

Beliau menggesa kementerian yang bertanggungjawab untuk memberi penjelasan berhubung pendedahan ini pada sidang penggulungan usul nanti.

Tambah Rafizi, rakyat memerlukan penjelasan ekoran rundingan terus pembekalan dakwat kekal ini yang nyata mahal namun tidak berkualiti.


Menurut Rafizi, maklumat yang diperolehi itu daripada orang dalam SPR sendiri.

"Saya minta menteri sahkan maklumat yang kami terima ini.

"Apa tindakan akan diambil kepada pakar rundingan terus ini?," soalnya.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...