18 Julai 2013

BACA 2 EMEL PANAS INI, KUIN JADI MANGSA DENDAM PUAK UMNO DAN KAMPUS K.KETIL AKAN DIJUAL?....


EMEL 1 ( SUMBER SINI )

Pelajar KUIN mengadu nasib

Mesej daripada seorang sahabat yang dikirim kepada TV PRU13:


Assalamualaikum, salam sejahtera. Saya adalah salah satu pelajar University Insaniah di Kedah, yg baru-baru ni 'Hot issues' kerana puak Umno yg ingin balas dendam dgn kolej kami, (MB Mukhriz) yg tidak mahu memegang usaha pembangunan University Islam yg dahulu dipegang PAS, the point is mereka (puak Umno) egois dan sanggup mempolitikkan masa depan pelajar. Sekarang pulak ramai pelajar dan lecturer (gaji tdak dibayar 3bulan) dah berhenti, saya yg pelajar akhir tahun ni pun jadi lemah semangat.

 Ni pun, bnyak kos diberhentikan dan kena pndah balik ke kolej lama. Memang isu ini tak hangat di media TV, akbar sbb mereka tidak mahu kami medapatkan hak kami dan pihak pas menang dlm isu ini. Tujuan saya message anda, kerana saya mahu doa dan sokongan kalian yg sememangnya kalian adalah hamba Allah yg tidak mahu hak Islam dan pelajar yg mencari redha Allah dlm menuntut ilmu ditindas begini.

 Kami (pelajar) lain sudah berusaha menghantar bantahan melalui email ke pihak istana, kpm dan pihak kerajaan yg lain, tp sy yakin mereka pasti mengabaikan. Mungkin usaha saya inbox anda, anda dapat repost atau memberi tanda sokongan di page ini (penyokong PR), agar bantahan semakin 'kuat'. Saya tknak ckp bnyak, mungkin anda jga pernah dengar tntang isu ini. Maaf, jika ada kesilapan berlaku. *ini pun saya tulis to the point je*.

'Mereka tindas kami secara diam'

TOLONG SEBARKAN MASALAH KAMI, HAK KAMI, KAMI PERLUKAN SOKONGAN 
KALIAN.



EMEL 2 

LUAHAN PELAJAR KUIN UNTUK YB IZZAH

Assalamualaikum . Kak Izzah saya nak ambil sikit masa kak izzah ek , sy rasa sedih sgt skg ni . Sy merupakan student KOlej Universiti Insaniah, Kedah Jurusan Mualamat . Kak, kami Student Muamalat KUIN, ditindas dan dizalimi begitu dahsyat oleh kerajaan bawah pimpinan Mukhriz . Kak, seperti yg kak tau masa zaman Ustaz Azizan, beliau ada buat Kampus tetap KUIN ni K.ketil . Alhamdulillah kami sempay dok kat sana 1sem . Tapi setelah Kerajaan UBN naik, kami telah dihalau untuk balik ke kampus asal di Mergong, Alor Setar . Katanya Bajet terlalu tinggi dan Kampus tetap kami di K.Ketil nak dijual kpd IPTA . Ya Allah ka, saya rasa sedih sgt . 

Kak cuba byangkan kedaan di Mergong yg padat . Kami dipaksa berpindah di sana selepas hari raya . kak cuba bayangkan betapa kelam kelibutnya kami, dgn nak mencari rumah sewa di sana , nak mengangkot brg2 . Kami ni hanyalah student kak, duit bukannya ada untk nak tampung segala kos dgn sekelip mata . Kerajaan kedah mengaburi mata kakitangan dgn mmberi bonus, tapi kami sbg student disepak ke sana kesini mcm bola . Mungkin sy xdak masalah sbb sy rumah sy dekat just di Penang . Cuba akak bayangkan nasib kwn2 yg duduk jauh spt sabah, sarawak, kelantan .

Kak kami diarah pergi ke kampus tetap tanpa alasan yg munasabah . Sy rasa sakit hati sgt dgn Kerajaan skg . Senang2 dia nak jual kmpus tetap k.ketil dan kos2 yg ada . Sangat tidak adil bg kami kak . Terlalu byk kezaliman yg mereka buat tapi satu pon tidak dihebahkan kpd media massa . Yg keluar di berita adalah staff kuin dapat durian runtuh . tentang isu perpindahan sunyi sepi , seolah2 mereka adalah wira dlm pentadbiran dan tiada masalah yg berlaku bila UBN memerintah . Padahal , hanya kami yg rasa kepedihan ni kak . Kenapa kejam sgt kerajaan kedah kepada Student KUIN . Apa salahnya jika mereka membantu KUIN .
Maaf kak saya tahu KEDAH bukan dibawah pimpinan akak . Tapi sy nak kak tahu yg kami skg sedang DITINDAS ! Kami langsung xdak hak untuk bersuara . Bila bersuara, ada saja suara sumbang . Allahuakbar, sekali lg maafkan sy kak sbb ganggu masa akak . tqvm coz baca luahan hati sy yg xseberapa ni . Hanya kami Student MUAMALAT saja yg mengetahui betapa rakus dan zalimnya Pimpinan bawah Mukhriz .. Syukran kak . Salam Ramadhan . Assalam .

Kedahkini


3 ulasan:

Awanama berkata...

Saye bersimpati dgn nasib student KUIN. Yg menjadi persoalan saye kenape PR@Pas kedah tidak membuat demonstrasi di sana? Takbir!

Awanama berkata...

Rakyat Kedah sudah memilih kerajaan mereka.. Biarlah kerajaan pilihan rakyat itu menyelesaikan masalah ini... Kalau tak suker pindah ler negeri lain

Awanama berkata...

tah iye tah idak..pembangkang punye auta mcm sial..sikit2 demonstrasi..politik jalanan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...