15 Julai 2013

Hot : Pasangan Blogger Lucah Alvin Serah Diri DI SKMM

Pasangan Persenda Ramadan Tiba Di SKMM Beri Keterangan

Alvin dan Vivian tiba di pejabat SKMM kira-kira 10.45 pagi Isnin.

KUALA LUMPUR: Pasangan yang mempersendakan Ramadan, Alvin Tan dan Vivian Lee tiba di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Bangunan Sultan Abdul Samad pada pagi Isnin bagi memberi keterangan.

Mereka yang dikenali sebagai 'Alvivi' sepatutnya memberi keterangan di pejabat SKMM pada pukul 10 pagi tetapi tiba lebih lewat iaitu kira-kira pukul 10.45 pagi.

Pasangan itu tidak memberi sebarang komen kepada media apabila memasuki pejabat tersebut dan dibawa ke bilik siasatan oleh beberapa pegawai.

Pada Khamis, mereka memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)... wangi, enak dan menyelerakan' di laman Facebook mereka.

Tidak cukup dengan itu, mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia kerana sikap mereka yang tidak peka terhadap sensitiviti masyarakat Islam dan diberi amaran oleh SKMM.

Mereka turut memadamkan posting tersebut selepas dikecam hebat dan memuat naik gambar terbaharu mereka sedang menikmati ketupat, rendang dan karipap.



PASANGAN ALVIN VIVIAN MENGAMUK DI TWITTER SELEPAS FB MEREKA DITUTUP

| Pasangan seks bebas, Alvin dan Vivian semalam mengamuk di laman sosial Twitter apabila akaun mereka di Facebook telah ditutup secara kekal oleh pengendali laman sosial itu.

Penutupan secara kekal itu terjadi apabila ‘page’ Facebook mereka telah menerima banyak laporan negatif dari kalangan pelayar Facebook.

“Our Facebook Page is permanently gone due to rampant reporting against us. Thanks, assholes” – antara komen pasangan porno murahan berkenaan di Twitter.
TWIT



2 ulasan:

Awanama berkata...

aku nak tengok lepas nie apa pula tindakan jabatan peguam negara dan mahkamah.adakah negara ni masih ada undang-undang dan peraturan untuk dikuatkuasakan atau pihak yang dituliskan disini tidak berani untuk menguatkuasakan undang-undang dan peraturan setelah budak porno itu telah menghina seluruh umat islam secara terangan.dan sebelum nie dah banyak komen yang menghina umat islam yang dilakukan oleh budak porno ni.aku mahukan keadilan untuk seluruh umat islam.pihak yang berkenaan tolong dengar.tolong dengar..

Awanama berkata...

pihak jabatan peguam negara tolong buat pendakwaan sehingga pasangan porno tersebut tidak terlepas dari hukuman dan jabatan kehakiman tolong bagi hukuman yang berat dan setimpal menurut undung-undang yang diperuntukkan.bagi saja hukuman penjara dan denda maksima.tak payah nak bagi hukuman ringan pula.penghinaan yang dibuat terhadap umat islam amat mengguris hati dan secara terang-terangan dibuat.kalau undang-undang tidak wujud dah tentu umat islam tau apa yang patut dilakukan pada budak porno tersebut.harap pihak yang berkenaan faham ini adalah soal maruah umat islam.tolong laksanakan hukuman dan denda maksima sebagai pengajaran kepada yang lain agar tidak akan terlepas dari tindakan undang-undang atas perbuatan sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...