02 Februari 2013

LISTEN.... PAKATAN RAKYAT ! BN DAH BUKA 7,531 PUSAT DAERAH MENGUNDI


7,531 bilik gerakan PDM BN operasi mulai hari ini.....


 Sebanyak 7,531 Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN) di 222 kawasan parlimen seluruh negara mula beroperasi hari ini bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN Datuk Ahmad Maslan berkata setiap PDM itu perlu menjalankan tugas dalam mengumpul data dan carta pilihan raya.

"Paling penting mereka melakukan semakan terhadap daftar pengundi terkini dan mengenalpasti pengundi berkenaan sama ada putih, kelabu atau hitam atau pengundi luar," katanya kepada pemberita ketika melakukan lawatan mesra penerangan ke PDM Kampung Morten, di sini hari ini.

Beliau berkata PDM untuk pilihan raya umum ke-13 dibuka lebih awal, berbeza sebelum ini apabila ia hanya dibuka selepas pembubaran Dewan Rakyat.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata semua PDM BN mesti dihias dengan bendera BN dan terpulang kepada ketua PDM untuk menentukan waktu operasi sama ada perlu menjangkau sehingga malam.

Beliau berkata bilik gerakan PDM boleh meneruskan pelaksanaan kerja-kerja jalinan rakyat dengan melakukan ceramah kecil-kecilan secara berkelompok, mengadakan lawatan ke rumah-rumah dan aktiviti-aktiviti tertentu.

Ditanya sama ada tindakan akan diambil jika ada PDM yang tidak dibuka, beliau berkata: "Kerja-kerja parti ini secara sukarela, kita memujuk dan mengarah dan saya pasti arahan untuk membuka PDM akan dipatuhi"
.

- Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...