02 November 2012

PANAS ! Nazri Cabar Rafizi Lapur Ke SPRM......(+vdo)

Nazri nafi dakwaan Rafizi

 Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menafikan dakwaan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli kononnya beliau mempunyai kepentingan dengan ahli perniagaan balak, Michael Chia.

Menurut Mohamed Nazri, jawapan bertulisnya kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berhubung siasatan kes Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Chia di Dewan Rakyat pada 11 Oktober lalu disediakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau turut menegaskan tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap SPRM atau kuasa untuk mengarahkan suruhanjaya itu menggugurkan mana-mana kes.

"Saya memberi jawapan di Dewan Rakyat sebagai menteri yang bertanggungjawab kerana itu adalah sebahagian daripada tugas saya.

"Penjelasan tentang tindakan Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) terhadap siasatan kes Chia juga bukan datang daripada saya, sebaliknya dari Jabatan Peguam Negara," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas dakwaan Rafizi itu di lobi Parlimen hari ini.

Dalam jawapan bertulis tersebut, Mohamed Nazri menjelaskan, Jabatan Peguam Negara memutuskan tiada elemen perbuatan rasuah dibuktikan terhadap Musa berkenaan dana Chia selepas meneliti keterangan SPRM dan ICAC juga tidak mengambil tindakan lanjut.

Terdahulu, dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini, Rafizi mendakwa mempunyai bukti bagi mengaitkan hubungan anak Mohamed Nazri, Nedim dengan Chia.

Rafizi mendakwa, pemandu peribadi keluarga Nedim dikesan menggunakan kenderaan mewah dipercayai milik Chia.

Berhubung dakwaan tersebut, Mohamed Nazri memberitahu, hanya Nedim yang boleh menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh Rafizi.

"Sekiranya ada tuduhan, Rafizi sepatutnya membuat laporan kepada pihak polis atau SPRM. Mengapa adakan sidang akhbar? Maknanya, dia mencari publisiti murahan," ujarnya.


SIDANG AKHBAR RAFIZI :  SINI

INI TUDUHAN RAFIZI :







Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...