13 November 2012

Panas ! Gambar Terbaik Tahun 2012 !!!



Gambar Permaisuri Agong bertudung, pulang dari Mekah! Pada 31 Oktober 2012 lalu, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah telah pun selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH)..

Menurut berita, rombongan tuanku telah berangkat pulang dari Jeddah dan tiba di tanah air kira-kira pukul 8.55 malam selepas menunaikan ibadah Haji pada 19 Oktober lepas..

Setibanya di LTSAH, Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Haminah terus menerima lintas hormat oleh 9 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Tok Jalai..

Namun apa yang menariknya ialah perkembangan terbaru Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajjah Haminah yang telah mengenakan tudung, satu perkembangan yang sangat di sambut baik rakyat jelata. Tahniah Tuanku!

Semoga sentiasa dalam rahmat & redha Allah S.W.T. Amiinnn...

*Gambar sebelah kiri, sebelum berlepas ke Mekah. Sebelah kanan, selepas kembali dari Mekah.


Oleh: rakan FB@kedahkini

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

agong dn tim. agong dua2 suka dgn PAS....najis jgn jeles ya

Tanpa Nama berkata...

tanda2 PR akn ke putrajaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...