13 November 2012

Panas ! BN Terdesak Sambut Deepavali Terpaksa Kempen Politik !!



Umpama meludah ke langit, terpercik ke muka sendiri, begitulah perumpamaan paling tepat bagi menggambarkan pengumuman terbaru presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional (BN) yang dilihat semakin terdesak dan semakin sesak.

Setelah meluluskan pembinaannya pada 2007 sebelum BN tumbang di tangan Pakatan Rakyat Selangor, pihak yang sama kunun akan membatalkannya pula!

Perdana Menteri, Najib hari ini mengumumkan akan membatalkan projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves sekiranya BN berjaya menawan Selangor.

"Kompleks Batu Caves ini mesti kita kekalkan dan kita pertahankan daripada berlaku sebarang perkara yang boleh merosakan kedudukannya sebagai satu tempat mulia bagi orang Hindu.

"Saya nak katakan, kerajaan BN akan pertahankan kompleks Batu Caves. Kita beri jaminan bahawa seandainya BN berjaya ambil alih Selangor, projek kondominium 29 tingkat akan dibatalkan.

"Pembangunan di kawasan ini boleh ancam Batu Caves. Pengakuan saya buat ini merupakan satu pengakuan kerajaan BN, sebuah kerajaan janji ditepati," kata Najib.

Najib  berkata demikian semasa berucap pada majlis rumah terbuka Deepavali anjuran MIC di perkarangan kompleks Batu Caves hari ini.

Dalam reaksi balas selepas pengumuman Najib itu, Kerajaan Selangor tampil dengan penjelasan sebenar status isu kontroversi tersebut.

Exco kerajaan negeri, Xavier Jayakumar menyifatkan pengumuman Najib  tersebut satu tindakan terdesak cuba meraih sokongan politik dari masyarakat India di saat penganut agama Hindu sedang ceria menyambut perayaan Deepavali.

Menganggapnya satu lagi "rasuah politik", Xavier juga mengulangi komitmen kerajaan negeri membatalkan pembinaannya seperti yang telah diumumkan menteri besar, Khalid Ibrahim, Ahadlalu.

Tambahnya, kerajaan negeri telah mengeluarkan notis henti kerja kepada pemaju pembinaan kondo Dolomite Park Avenue dan kini melihat satu tindakan muktamad bagi menyelesaikan polemik yang melanda penduduk sekitar kawasan tersebut.

Mengulas sama, ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo turut bersetuju dengan kenyataan Xavier sambil menempelak Najib Altantuya seakan mengugut rakyat Selangor khususnya kaum India.Dengan nada sinis, Gobind menyindir Najib Altantuya dengan mengungkapkan kata-kata "Saya tolong kamu, kamu tolong saya".

Ungkapan tersebut pertama kali disebut presiden Umno itu semasa satu ceramah yang diadakan ketika pilihanraya kecil parlimen Sibu dua tahun lalu.

Kondominium tersebut menjadi kontroversi ekoran empat pemimpin MIC sendiri bersetuju meneruskannya semasa menjawat jawatan ahli majlis tempatan, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 2007.


"Kompleks Batu Caves ini mesti kita kekalkan dan kita pertahankan daripada berlaku sebarang perkara yang boleh merosakan kedudukannya sebagai satu tempat mulia bagi orang Hindu.

"Saya nak katakan, kerajaan BN akan pertahankan kompleks Batu Caves. Kita beri jaminan bahawa seandainya BN berjaya ambil alih Selangor, projek kondominium 29 tingkat akan dibatalkan.

"Pembangunan di kawasan ini boleh ancam Batu Caves. Pengakuan saya buat ini merupakan satu pengakuan kerajaan BN, sebuah kerajaan janji ditepati," kata Najib.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis rumah terbuka Deepavali di perkarangan kompleks Batu Caves anjuran MIC hari ini.

Turut hadir pada ialah Presiden MIC Datuk G Palanivel, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, bekas Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu dan juga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Sebelum ini, terdapat kontroversi bantahan daripada kaum India meminta agar kondominium Park Avenue di kawasan Batu Caves dihentikan.

Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan akan menubuhkan pasukan petugas bebas untuk menyiasat isu kondominium yang berdekatan kuil Subramaniar itu.

Pada 7 November lalu, Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu pula berkata kerajaan Selangor mungkin membatalkan kelulusan projek bangunan setinggi 29 tingkat itu bagi mengabaikan bantahan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri.
Selain itu, ketika berucap, Najib turut berkata akan
mempertimbangkan supaya kompleks batu Caves itu menjadi sebuah tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Najib berkata, permohonan bagi menjadikan tempat itu sebagai warisan dunia akan dibuat pada tahun 2015 selepas tempoh menganggotai World Heritage Committee (WHC) tamat.

"Kabinet melalui kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan akan meminta supaya Batu Caves ini dapat dipertimbangkan sebagai sebuah tapak warisan dunia oleh Unesco.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...