12 November 2012

Panas ! Engkar titah Agong: Ahli majlis desak Rasli dipecat!

Engkar titah Agong: Ahli majlis desak Rasli dipecat!



Ahli Majlis Desak Pihak Berkuasa Negeri Tamatkan Perkhidmatan Kontrak SUK

JITRA – Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu desak Pihak Berkuasa Negeri (PBN) menggunakan kuasanya menamatkan perkhidmatan secara kontrak Setiausaha Kerajaan, Datuk Rasli Bin Basir, ekoran keangkuhan dan sikap degilnnya melaksanakan keputusan mesyuarat exco, juga telah mendapatkan perkenan SPB Yang DiPertuan Agong bagi mengekalkan ‘status qou’ Haji Ahmad Fisol Mohd Nor sebagai Yang DiPertua dan pegawai daerah Kubang Pasu.

Ketua Whip Ahli Majlis MDKP, Basir Bin Ismail berkata, pihaknya amat kesal apabila isu berkaitan perlantikan Yang DiPertua MDKP gagal diselesaikan oleh pentadbiran kerajaan negeri, walaupun keputusan exco mengekalkan ‘status quo’ Haji Ahmad Fisol Bin Mohd Nor sebagai pegawai daerah dan Yang DiPertua Majlis Daerah Kubang Pasu.

Katanya, pihaknya turut dimaklumkan bahawa keputusan exco juga telah mendapat perkenan oleh SPB Yang DiPertua Agong pada Sabtu (3 Nov) lepas”.

Sehubungan itu, kami (ahli-ahli majlis) juga tertanya-tanya, seandainya betul berita yang mengatakan keputusan exco tersebut telah mendapat perkenan SPB Yang DiPertuan Agong, mengapakah sehingga ke hari ini isu perlantikan Yang DiPertua MDKP seolah-olah tidak dapat diselesaikan oleh Setiausaha Kerajaan, katanya.


Katanya lagi, keengganan pihak pentadbiran kerajaaan (Datuk Rasli) melaksanakan keputusan exco tersebut seolah-olah telah mencabar kebijaksanaan dan ketelusan SPB Yang DiPertua Agong, ia boleh dianggap sebagai bersikap biadap serta menderhaka kepada SPB Yang DiPertuan Agong.

Sesungguhnya sikap ditunjukkan Datuk Rasli tidak pernah berlaku sebelum ini kerana pegawai kerajaan negeri (KCS) lain sangat menyanjungi, hormat serta kasih kepada SPB Yang DiPertuan di dalam konteks “Raja Pemerintah” seperti yang termaktub di dalam undang-undang tubuh negeri (Kedah), katanya lagi.

Sikapnya tidak boleh dijadikan contoh kerana ia secara langsung telah menjatuhkan maruah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan seluruh kakitangan pegawai kerajaan Kedah (KCS) yang amat disenangi dan dihormati oleh rakyat di negeri ini.

“Kami (ahli-ahli majlis) menanggapi sikapnya sebagai seorang pegawai tinggi kerajaan yang keras kepala, kurang ajar serta angkuh, tegas Basir.

Berdasarkan sikapnya tersebut, kami (ahli-ahli majlis) mendesak Pihak Berkuasa Negeri supaya mengambil tindakan yang lebih tegas ke atasnya dengan memberi notis memberhenti perkhidmatan secara kontrak sebagai Setiausaha Kerajaan, ujar Basir lagi juga merupakan Ahli Jawatankuasa Sekretariat Ahli-Ahli Majlis PBT Kedah.

Katanya, Pihak Berkuasa Negeri selaku majikan kepada Datuk Rasli hendaklah menggunakan kuasa ditangannya memberhentikan (menamatkan) perkhidmatan Datuk Rasli dengan serta-merta. Ini kerana sikap biadap dan keingkaran beliau terhadap titah SPB Yang DiPertua Agong berhubung isu Haji Ahmad Fisol adalah tindakan keterlaluan dan tidak boleh dimaafkan serta didiamkan begitu sahaja.

“Kami yakin sekiranya Pihak Berkuasa Negeri memberhentikan perkhidmatannya ia bukan sahaja mendapat sokongan padu dari kalangan ahli-ahli majlis PBT Kedah, malah juga seluruh rakyat serta KCS yang sememangnya amat menghormati dan kasih kepada SPB Yang DiPertuan Agong, katanya dengan penuh yakin.

Sehubungan itu juga Basir meminta kepada Persatuan KCS supaya tampil mendesak Datuk Rasli meletakan jawatannya kerana ia telah menjatuhkan maruah KCS pada pandangan umum. Hal ini (persatuna) perlu beri perhatian serius kerana ia melubatkan maruah seluruh pegawai tadbir negeri.

Sumber ; Kedahla

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...