08 Jun 2012

RUPANYA ISU PTPTN BUATKAN UMNO JADI SASAU

UMNO Guna Taktik Peras Ugut Untuk Bunuh Isu PTPTN




Maklumat Tulang Besi dapat adalah UMNO kepanasan dalam isu PTPTN ini. Rata-rata kepimpinan UMNO amat tidak yakin dengan sokongan golongan muda atas isu PTPTN ni.

Malah, faktor sokongan muda mahukan PTPTN dihapuskan adalah antara faktor utama pilihanraya umum tidak jadi bulan Jun ini.

Rupanya pucuk pimpinan UMNO kesemuanya tidak yakin mereka akan terus duduk di Putrajaya sekiranya anak2 muda berduyun2 memangkah Pakatan Rakyat kerana mahukan PTPTN dihapuskan.

Maka, taktik peras ugut melibatkan masa depan pelajar2 UNISEL pula digunakan. Taktik ini dirangka supaya PKR dan Pakatan Rakayt dipaksa menarik balik tawaran pendidikan percuma/hapus PTPTN bagi membolehkan UMNO dan BN merasa lega sedikit untuk memanggil pilihanraya.

Tidak hairanlah Noh Omar, Menteri UMNO yang tidak berapa cerdik itu membuat kenyataan:
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar hari ini membayangkan mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel) mungkin akan diberikan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya PKR mengaku salah.
Mereka mahu memaksa PKR dan Pakatan Rakyat mengaku salah dan menarik balik tawaran penghapusan PTPTN ini.


Mereka sedar tanpa PTPTN, kroni2 mereka tidak akan mampu memberikan pendidikan tinggi yang berkualiti rendah dengan harga tiga kali ganda universiti awam.

Jelas, isu PTPTN ini mampu menanam UMNO ke dalam lubang kubur. Mereka memerlukan sangat Pakatan Rakyat menarik balik tawaran menghapuskan PTPTN bagi memboleh UMNO berasa konfiden memanggil pilihanraya.

Pada waktu ini, ada di kalangan pemimpin2 UMNO yang yakin 100% UMNO akan tersunggkur hasil dari isu PTPTN ini. Mereka melihat pengundi2 muda yang pro UMNO pun akan mengundi Pakatan Rakyat kerana mahukan PTPTN dihapuskan
.

Tidak sangka UMNO sanggup menggadai masa depan pelajar2 Unisel hanya kerana menjaga kepentingan kuasa politik mereka yang semakin pudar itu.

TULANG BESI

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...