03 Jun 2012

688 ahli Pas masuk Umno, satu Rekod Dunia !!??

688 ahli Pas sertai Umno -SINAR HARIAN-3 Jun 2012

Hamzah menerima borang keahlian dari ahli Pas Ijok dan Batu Kurau, semalam


BATU KURAU - Setiausaha Pas Cawangan Kampung Titi Kasai mengetuai 688 ahli lain masing-masing dari Dun Kubu Gajah dan Batu Kurau yang mengambil keputusan nekad keluar parti bagi menyertai Umno, semalam. Menurut Abdul Wahab Mahmood, keputusan itu dibuat berikutan rasa kecewa yang dialami dengan perjuangan Pas dan menganggap penyertaan mereka dalam Umno akan dapat memperjuangkan nasib orang Melayu.

“Keputusan ini dibuat tanpa paksaan dari mana-mana pihak, sebaliknya atas kesedaran bagi menuntut hak sebagai orang Melayu.“Dengan menyertai Umno, saya yakin dapat terus memperjuangkan nasib dan bangsa Melayu seperti yang dilakukan nenek moyang kita dahulu,” katanya.

Terdahulu, Abdul Wahab yang menjadi ahli Pas sejak lebih 20 tahun lalu menyerahkan borang menyertai Umno kepada Ahli Parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin pada majlis Kenduri Rakyat di Kampung Titi Kasai, di sini.

Bagi Zulkifli Yunus, dia terbuka hati untuk menyertai Umno selepas mendapat sokongan dan penerangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang banyak memberinya kesedaran mengenai perjuangan sebenar parti itu.

Zaharuddin Zakaria pula menganggap, kepimpinan Umno lebih prihatin dan bertanggungjawab dalam membela kebajikan orang Melayu.“Hari ini (semalam), lebih 300 ahli Pas dari Felda Ijok nekad untuk keluar parti dan menyertai Umno kerana pemimpinnya yang prihatin dan sentiasa turun padang untuk meninjau masalah rakyat,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Hamzah berkata, kepimpinan yang ditonjolkan Perdana Menteri menjadi faktor utama rakyat kini kembali menyokong Umno danBarisan Nasional (BN).-Sinar Harian

Kejutan Dato Fauzi sertai Pas dua minggu lepas mungkin UMNO Perak dalam keadaan mengelabah. Dalam majlis ceramah di Taman Kota Wira Kamunting, Dato Fauzi Saari telah dengan rasminya menyerah borang keahlian kepada Presiden Pas. Musim sekarang orang-orang berpengaruh dan artis menyertai PR, membuat Umno dalam keadaan tertekan tapi lebih meragukan 688 ahli pas menyertai Umno ini bermakna lebih 7 atau 8 cawangan Pas kawasan Larut akan terbubar?

Batu kurau terletak di Parlimen Larut dengan 3 DUN Kubu Gajah, Batu Kurau dan Selama yang mana Dato Fauzi adalah anak jati Batu Kurau.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...