05 Jun 2012

ISU SCORPENE : UMNO LANTIK LOYAR BUROK UNTUK BERCAKAP?

PERKASA: Lapor polislah, Suaram



Sekiranya Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mempunyai bukti bahawa rahsia tentera laut Malaysia dijual kepada syarikat asing, NGO hak asasi itu patut membuat laporan polis supaya siasatan dalam dijalankan.

Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, Suaram juga patut mengemukakan salinan dokumen berkaitan.

Suaram pada 31 Mei mendedahkan, siasatan mahkamah Perancis terhadap syarikat kapal DCNS mendapati ia membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.

Sebahagian daripada pembayaran itu, dakwa Suaram lagi, melibatkan jualan dokumen rahsia berhubung penilaian Malaysia berhubung purchase order. -MK


Dengan pendedahan minggu lepas oleh Suaram dan peguam mereka di Kota Bangkok yang mana dihadiri oleh Media-media seluruh dunia membuatkan Najib kepanasan:

Skandal Scorpene: Video Sidang Media Joseph Breham Di Bangkok




Peguam Perancis yang dilantik Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Joseph Breham mengadakan sidang media penting berkenaan perkembangan skandal rasuah kapal selam kelas Scorpene pada 30 Mei lalu yang membabitkan perdana menteri Najib Altantuya dan penasihatnya Abdul Razak Baginda.

Sidang media yang dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris ini bertempat di Kelab Wartawan Asing di Bangkok, Thailand setelah pas kerja yang dipohon Joseph beberapa minggu sebelum itu tidak diperolehi.Pendakwaan yang secara rasmi dibuka di Mahkamah Paris, Tribunal Grand de Instace pada 16 Mac lalu turut membabitkan beberapa individu berpengaruh seperti bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad; menteri pertahanan, Zahid Hamidi; bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin dan ramai lagi.

Sidang media yang pada mulanya dipancarkan secara langsung ke seluruh dunia meneris laman video popular, Ustream, tidak dapat diteruskan berikutan kegagalan talian internet di lokasi sidang diadakan.

Jika ada yang tidak faham penjelasan dalam bahasa Inggeris, pembaca bolehlah merujuk kepada penerangan di bawah:


Peguam Perancis yang bertindak untuk NGO Malaysia SUARAM telah mendakwa seorang pembantu rapat Perdana Menteri Najib Altantuya menjual rahsia pertahanan bernilai 36 juta euro atau RM142 juta kepada DCNS, pembuat senjata Perancis.

"Ia adalah dokumen rahsia kepunyaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), penilaian ini adalah untuk mendapatkan kapal selam yang merupakan dokumen yang sangat sulit," Joseph Breham memberitahu satu sidang akhbar di Bangkok pada hari Rabu.

Menurut Breham, yang mengetuai pasukan undang-undang SUARAM, polis Perancis telah menjumpai bukti bahawa firma Terasasi telah menjual maklumat rahsia kepada gergasi tentera laut Perancis.

Berita terbaru yang melibatkan pengkhianatan akan menaikkan kemarahan rakyat Malaysia, yang sudah bimbang dan kecewa dengan endemik rasuah pemerintah parti Umno Najib. Breham dipetik berkata, di Perancis menjual menjual maklumat sulit negara lain adalah melanggar undang-undang pertahanan.

"Ia adalah pengkhianatan kerana anda menjual rahsia pesaing atau negara asing tentang spek senjata dan pelan bagaimana untuk menggunakan senjata khusus ini. Di Perancis, jika mereka dilepaskan, anda boleh dihukum sehingga 10 tahun penjara." tambahnya lagi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...