21 Mei 2012

BEKAS PENGARAH JSJ BUKIT AMAN SERTAI PAS!!!

Datuk Fauzi Shaari serah borang sertai PAS
(Datuk Fauzi menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS - gambar Sinarharian.)

TAIPING: Sebagaimana yang dijangka, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari dengan rasminya menyertai PAS malam tadi.

Borang permohonan menjadi ahli PAS diserahkan beliau kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta timbalannya, Haji Mohamad Sabu dalam majlis pengisytiharan perdana malam tadi.

Ia diadakan di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, Larut dekat sini.

Turut serta di majlis itu adalah Ketua Penerangan yang juga Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain.Penyerahan borang keahlian disaksikan kira-kira 5,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR).

Bukan mahu jadi calon



Dalam ucapannya, Fauzi menjelaskan bahawa tujuan menyertai PAS bukan berniat untuk menjadi calon atau mempunyai kepentingan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.

Katanya, kehadiran beliau pada majlis itu juga sebagai pengenalan kepada penyokong dan masyarakat sebelum bergiat aktif selepas ini.

Beliau turut menjelaskan, penyertaan dalam PAS itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis.Semasa menjadi Ketua Polis Dang Wangi, Fauzi terkenal dengan tindakannya membanteras maksiat di pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Tindakan beliau pernah dikecam oleh seorang menteri yang menyifatkan tindakan Fauzi akan menghalau pelancong dari negara ini.Dalam ceramah itu, Fauzi yang berasal dari Pantai Besar, Batu Kurau, Perak menambah, beliau selepas ini akan membantu PR khususnya PAS melalui ceramah-ceramah yang dianjurkan.

Penyertaan Fauzi itu dilihat adalah antara nama besar yang menganggotai parti Islam tersebut yang memulakan kempen merekrut tokoh ternama untuk meningkatkan undi dalam pilihan raya akan datang.

Fauzi, yang pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai penyiasat, kedudukan ketiga tertinggi dalam pasukan keselamatan tersebut, telah di katakan akan menyertai PAS sebulan lalu bersama bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Ramli Yusoff dan bekas menteri Kabinet Umno Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Ramli dan Abdul Kadir, yang merupakan timbalan presiden Amanah, NGO yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah, menafikan mereka menyertai PAS walaupun telah mengumumkan keluar Umno setelah mengatakan parti itu dibelenggu politik wang.

Fauzi, bersara dua tahun daripada pasukan keselamatan berkenaan tanpa sebarang hebahan.Lapuran
sebelum ini turut melaporkan PAS mahukan Ramli dan Abdul Kadir untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Ramli dilihat sering memberi tekanan kepada Barisan Nasional (BN) untuk membentuk tribunal menyiasat dakwaan salah guna kuasa Peguam Negara.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad berkata kedua-dua mereka akan memberikan maklumat jenayah yang dilakukan kerajaan BN sebelum ini.“Mereka dari sistem. Ini adalah orang-orang yang berkelayakan untuk itu. Mereka telah melihat banyak penyelewengan, dan berani tampil menentang sistem tersebut,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Abdul Kadir turut mengesahkan kedua-dua PAS dan PKR telah “mencadangkan” untuk menyertai mana-mana antara dua perti itu, sebelum pilihan raya, namun beliau masih lagi tidak membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno itu menjelaskan beliau menyertai program ceramah PAS sebagai tetamu jemputan, dan akan terus menghadiri program Pakatan Rakyat (PR)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...