26 Mei 2012

GGKK - Gerakan Gantung Kain Kuning: Kembali kepada 8 tuntutan BERSIH


Berita keganasan polis telah mengalih perhatian daripada lapan tuntutan BERSIH 3.0 selepas 28 April 2012. Lebih-lebih lagi ruang dada media dihiasi dengan berita senaman punggung, gerai burger, pasar malam di depan rumah Ambiga dan sebagainya, ditambah pula isu seperti "Perdana Menteri Bukan Melayu", yang ditonjolkan secara tiba-tiba.

Gerakan Pendidikan Pilihanraya Bunga Matahari atau Sunflower Electoral Education Movement (SEED), satu pertubuhan daripada masyarakat sivil telah melancarkan satu "Gerakan Gantung Kain Kuning (GGKK)", bertujuan untuk menyeru agar rakyat Malaysia kembali kepada matlamat perjuangan asal BERSIH 3.0, iaitu 8 tuntutan yang dikemukakan.

Dalam satu kenyataan media, SEED menyeru agar rakyat menggantung kain kuning dengan tulisan BERSIH ini di tempat-tempat yang menonjol, seperti tingkap ataupun pagar pintu kediaman masing-masing.

Menurut SEED, GGKK memberi makna-makna tertentu. Pertamanya, ia meneruskan hasrat perjuangan BERSIH, yang tidak terhad pada 28 April 2012. Menggantung kain kuning di depan rumah secara jelas menyampaikan mesej kepada penguasa, bahawa rakyat akan terus bersuara tidak kira siang ataupun malam, panas mahupun hujan - sehingga tuntutan BERSIH dilaksanakan.

Kedua, menyebarkan mesej secara meluas. Apabila media arus perdana disekat kebebasannya, hak rakyat untuk mengetahui tercabul. Bukan sahaja berita keganasan polis tidak dapat dipaparkan secara menyeluruh kepada orang awam, malah tuntutan BERSIH yang berhubungkait dengan masa depan negara telah dipinggirkan. SEED berharap GGKK mampu mencungkil perhatian lebih ramai terhadap mesej daripada BERSIH.

Ketiga, sebagai penghormatan terhadap golongan yang tertindas. SEED merakamkan setinggi-

setinggi penghormatan kepada peserta dan pengamal media yang dikasari dalam perhimpunan BERSIH 3.0, pada masa yang sama mengiktiraf keberanian dan ketabahan mereka. GGKK juga sebagai protes terhadap kerajaan yang mensabotaj dan menindas perhimpunan rakyat yang aman.

SEED menegaskan, meskipun pihak berkuasa cuba melabel BERSIH 3.0 sebagai perusuh, menyimpan motif untuk menggulingkan kerajaan, menimbulkan huru-hara, diperkudakan pembangkang dan sebagainya, namun taktik ini gagal menghalang tekad rakyat. Dari mula hinggalah penghujungnya, hasrat rakyat hanya untuk menuntut satu pilihan raya yang adil dan bersih.

SEED merupakan organisasi rakyat yang menawarkan pendidikan dan latihan pengundi, dengan matlamat untuk melatih sukarelawan menambahbaik pilihanraya, penyebar maklumat pilihanraya, merapatkan jurang antara bandar dan kampung, membolehkan maklumat menyebar ke setiap pelusuk. Untuk tempahan kain kuning atau maklumat lanjut, sila hubungi En. Pow di talian 012-9419289 atau layari http://facebook.com/GGKKBersih. -MR

1 ulasan:

Amisha berkata...


Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.

Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.

Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.

Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.

Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...