22 Mei 2012

NAJIB KANTOI DI THE DOME LONDON - KISAH BENAR

“Kenapa Saya Tidak Dibenarkan Mengundi?!” – Ucapan Najib Ditenggelami Pekikan Penunjuk Perasaan Ketika Di The Dome London
Perdana Menteri Malaysia telah merasai ketulinan demokrasi ketika dia berada di atas pentas Arena O2 di London malam semalam dan ucapannya pula ditenggelami pekikan dari segelintir para tetamu undangannya yang berkunjung dengan perasaan marah!

Ini bukanlah apa yang dia inginkan jika dia berada di kampung halamannya sendiri, di dalam ‘sebuah negara yang mengamalkan demokrasi yang paling sempurna di muka bumi ini’, di mana kerajaan yang diterajui BN berkuasa dengan penuh kekerasan dan kekejaman.Di UK juga, jarang sekali para penontonnya bertindak biadap ketika seseorang tokoh terkemuka sedang memberikan ucapan di hadapan khalayak ramai.

Namun, kadangkala kebiadapan penonton boleh berlaku jika si Perdana Menteri telah membuat dirinya tidak lagi popular. Pernah pada suatu ketika Perdana Menteri Britain Tony Blair dilemparkan dengan bantahan bising dari kalangan penonton wanita dari Institusi Wanita dalam tahun 2000, dan malam semalam pula merupakan giliran Najib Razak yang diganggu oleh pekikan “Bersih, Bersih”, ketika dia memberikan ucapan.

“Bolehkah anda berhenti?”



Menurut sesetengah tetamunya yang hadir, bilangan tetamu yang kira-kira 500 orang telah merasa tidak berpuas hati semasa mereka tiba di Arena O2 London itu kerana ketibaan mereka disambut oleh suasana suram dan agak malap sambil mereka makan sandwich dan popia yang kurang enak. Mutu minuman yang tidak baik mungkin telah membantu mereka berjimat di segi belanja makan malam itu, namun ianya amat tidak memuaskan bagi mereka yang tiba dari sejauh Edinburgh!
Bantahan yang ditunjukkan itu nampaknya telah dirancang terlebih dahulu dan tetap dijangkakan. Ramai yang hadir menjangkakan kemalapan keadaan dalam arena itu digunakan untuk menyembunyikan kemungkinan itu. Jika ianya sedemikian, maka taktik itu tidak berjaya kerana banyak rakaman video telah dibuat pada ketika itu.

Sebaik sahaja Perdana Menteri menaiki pentas, diterangi suatu suluhan lampu sorot, bermulalah pekikan bantahan dari sekumpulan kecil para tetamu itu!Para tetamu yang lain pula merasakan diri mereka telah diganggu oleh kehadiran ramai pegawai dari Cawangan Khas, yang telah sibuk mengambil gambar dan merakamkan maklumat peribadi tetamu-tetamu yang hadir.

Namun ramai di kalangan tetamu masih mampu ketawa dan sempat merakamkan gambar-gambar penunjuk perasaan yang bising itu.

Tuntutan-tuntutan Bersih di London


Tidakkah Najib akan membayangkan dirinya akan menghadapi keadaan sebegini ketika berhadapan orang ramai di London? Rakyat Malaysia di luar negara tetap merasa marah dengan kerajaan mereka yang tidak membenarkan ratusan-ribu orang dari kalangan mereka untuk mengundi secara pos, suatu cara pembuangan undi yang dibenarkan oleh negara-negara lain di seluruh dunia.

Pada mulanya Najib cuba meneruskan ucapannya, bercakap mengenai pengangkutan bagi para tetamu yang dijemputnya. Namun, setelah merasa terganggu Najib kelihatan melenting: “Boleh anda hentikannya?” rayu Najib secara malu-malu.
“Bersih! Kami mahukan undi kami!” pekik tetamu yang marah, suara mereka bertambah kuat!
“Boleh anda hentikannya” pinta Perdana Menteri itu dengan putus asa, “Saya bersedia berbincang nanti”, suatu cadangan yang disambut dengan gelak ketawa para tetamu yang lain.



Kemudian setelah Najib kelihatan gagal meredakan keadaan, kumpulan tetamu yang bising tadi telah diarahkan keluar dari Arena O2 oleh pengawal keselamatan yang bertugas. Najib kemudiannya meneruskan ucapannya dalam keadaan yang bosan dan agak gementar sedikit.

Jika majlis itu dianjurkan untuk Perdana Menteri, maka terjejaslah imejnya selaku seorang pemimpin yang berpengaruh ataupun sebagai seorang pengubah dan ahli demokrat.
Sekali lagi mesej utama kejadian di majlis itu adalah supaya Malaysia bertindakbalas secara proaktif dan positif terhadap tuntutan Bersih yang mahukan pilihanraya yang bersih dan telus.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...