12 Julai 2011

BERSIH 2.0 : PBB Kecam Tindakan Kejam Najib

Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) menyelar Malaysia kerana menggunakan pendekatan keras

bagi menangani perhimpunan aman anjuran Bersih Sabtu lalu.Frank La Rue (gambar), pelapor khas PBB mengenai hak kebebasan bersuara berkata, tindakan pihak berkuasa Malaysia mengisytihar perhimpunan itu sebagai haram, menutup bandaraya dan bertindak ganas terhadap peserta perhimpunan, menunjukkan Malaysia memperlekehkan proses demokrasi. PBB menegaskan Malaysia yang turut menggangotai Majlis Hak Asasi Manusia telah ‘mengehadkan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan’.

Pakar hak asasi manusia PBB melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan ganas pihak polis meleraikan peserta perhimpunan, termasuk melepaskan gas pemedih mata dan menyebur air kimia berasid kepada orang ramai. Malah tindakan ganas itu turut membawa kepada kecederaan dan satu kematian, kata pesuruhjaya tinggi hak asasi manusia agensi itu dalam satu kenyataan dari Geneva lewat malam tadi.

Malaysia dipilih menganggotai majlis itu tahun lalu tetapi berhadapan kritikan ekoran undang-undang penahanan pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang menyukarkan peluang ia dipilih semula. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan pihak berkuasa bertindak ganas terhadap orang ramai Sabtu lalu, meskipun rakaman video di internet menunjukkan sebaliknya.Dalam perhimpunan itu, lebih 1,600 orang ditangkap pihak berkuasa.

Kecaman oleh PBB ini dilihat sebagai satu impak besar ke atas kepimpinan BN di negara ini. Kedudukan Malaysia sebagai salah satu negara yang menduduki kerusi PBB bagi Hak Asasi Manusia dijangkakan mendapat tentangan negara-negara moden dan demokrasi.

Pakar-pakar hak asasi manusia PBB melahirkan pendirian tidak senang dengan penggunaan air berasid dan gas pemedih oleh pihak berkuasa keselamatan ke atas penunjuk perasaan aman, yang turut membawa kepada kecederaan dan satu kematian, kata pesuruhjaya tinggi hak asasi manusia agensi itu dalam satu kenyataan dari Geneva lewat malam tadi.

Malaysia dipilih menduduki majlis itu tahun lalu tetapi berhadapan dengan kritikan ekoran penggunaan undang-undang penahanan pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri dan perkembangan semasa boleh menjejaskan peluang ia dipilih semula menganggotai badan itu pada 2013.

Bukan itu sahaja, kerajaan pimpinan Najib juga dikecam kerana seringkali menolak nasihat dan pandangan Suruhanjaya Hak Asasi manusia (Suhakam) yang ditubuhkan sendiri oleh kerajaan untuk melihat isu-isu berkaitan hak asasi kemanusiaan di negara ini.
Ramai melihat penubuhan Suhakam hanyalah sebagai satu platform bagi kerajaan BN bagi menunjuk-nunjuk di dunia bahawa hak asasi manusia di negara ini sudah terjamin. Tindakan ke atas Bersih pada Sabtu lepas telah menyebabkan seorang pesertanya terkorban.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Suroh PBB kecam Israel kerana layanan yang kejam terhadap rakyat palestin. Democracynya lebeh dahsyat dari malaysia kenapa PBB dan Hak assasi manusia tak pegi kat Israel. Yang sebonarnya memang barat ada kepentingan kat malaysia dan apa didengar cerita2 dari media asing yang banyak dikutip dari Anuar dan Ambiga memburuk2kan malaysia dan bersih memberikan amerika masuk campur..biarlah kalau barat nak hantar tenteranya dan menghancur malaysia macam Iraq kita rela biar lah satu lagi negara islam malaysia yang akhirnya kafir yang memerintah malaysia ini dengan talibarut yahudi dan kristian. Terima kasih PAS kerana kamu telah berjaya bersubahat dengan kafir menghancur kan negara islam ini. Cucu cicit anak2 orang melayu islam tidak akan ampon dosa2 yang kau lakukan , batu nesan kamu akan dikencing nanti.

Tanpa Nama berkata...

yup they should do so too. but the things is... Malaysia is one of the members of United Nation Commission on Human Rights. As a member of UNCHR, they ought to practice freedom of speech. However as you can see, what has Najib been doing are limiting freedom of speech, assembly and association. He also use violence against Bersih peace assembly. All his actions are contradict with UNCHR's policy. That's why United Nation critic so much on what Najib has been doing. It's not about kafir or any other reason, all your comments are nonsense and unrelated. You shouldn't just listen to what other people say, you have to do your own research and find the truth and justification for the story that you heard yourself.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...