05 Januari 2015

TERKINI : PM NAJIB DIJANGKITI VIRUS E.COLI



Najib ketika meninjau keadaan selepas banjir di kawasan Gua Musang baru-baru ini.

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disahkan dijangkiti virus E.Coli ketika melakukan lawatan ke kawasan banjir baru-baru ini.

"Doktor nasihat supaya berehat. Beliau akan kembali bertugas secepat mungkin," demikian menurut Twitter rasmi Malaysia PM Press Office (@PMOMalaysia) pada Isnin.

Paparan skrin Twitter @PMOMalaysia

Virus E.Coli atau Escherichia coli adalah kuman yang menyebabkan diarea.

Selain itu menerusi akaun Twitter peribadinya, Najib berkata beliau akan terus memantau operasi bantuan banjir dari rumah. ~Mstar




Hangpa ingat mudah ke jadi PM....



LAPORAN YANG DIPETIK DARI MALAYSIAKINI :

Pesawat Airbus A319CJ dengan nombor pendaftaran 9M-NAA mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 10.20 malam tadi, demikian menurut sistem pengesanan penerbangan, Flightradar24, selepas berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok Don Mueang sejak hari Jumaat.


Ia kemudian berlepas lagi 35 minit kemudian menuju ke Lapangan Terbang Subang di mana ia biasanya disimpan.

Menurut Bernama, Najib telah menemui rakan sejawatannya dari Thailand Prayuth Chan-ocha di Bangkok pada 2 Januari, selepas menghabiskan beberapa hari sebelumnya meninjau kawasan yang dilanda banjirdi seluruh Malaysia.

PM dijadual menghadiri satu majlis di pejabatnya di Putrajaya pagi ini, tetapi ia sebaliknya dihadiri oleh oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


BERITA BERKAITAN :

Gambar Rosmah Mansur Di Bangkok Viral Di Laman Sosial.

Ia mula-mula tersebar di laman twitter. Pemegang account twitter yang dikenali sebagai Adrian adalah individu terawal yang mendapat gambar 'Rosmah di kesan berada di Bangkok'.

Rujuk ;


Adrian memaklumkan kelibat Rosmah Mansur dikesan berada di Central Childom Mall, Bangkok, pada jam 8 malam waktu tempatan.

Gambar itu kemudiannya di retweet sebanyak 228 kali (ketika ini) selain dicopy-share oleh pengguna2 media sosial yang lain, yang mana kesemua dari mereka ialah rata2nya pro kepada pembangkang bagi menguatkan sangkaan dan dakwaan mereka bahawa Rosmah Mansur memang berada di Bangkok dan dia dipercayai tiba di Bangkok dengan menggunakan pesawat 9M-NAA yang hilang selama hampir 2 minggu.

Untuk rekod, Najib juga dikhabarkan mengadakan lawatan kerja di Bangkok. Cuma apa yang pelik pada lawatan kerja Najib kali ini ialah ;

- Tiba2 ke Bangkok dan berpadanan pula dengan ketibaan pesawat rasmi negara 9M-NAA yang memutuskan untuk mendarat di Bangkok berbanding KLIA.

- Pemergian secara senyap dan secara mendadak. Tanpa gambar dan hebahan seperti selalu. Apa yang ada hanyalah kemaskini di laman twitter sebagai bukti bahawa Najib ke Bangkok atas tugas rasmi.

- Tiada aktiviti direkodkan sepanjang Najib berada di Bangkok.

- Dan selepas 2 hari, Najib pulang ke Malaysia.

Dan apa yang Adrian sebut di bawah neh aku setuju sangat.


Najib perlu jawab. Ya atau tidak pesawat rasmi negara digunakan oleh Rosmah Mansur atas tujuan peribadi (percutian) dan kenapa ia berlaku serta berapa banyak wang pembayar cukai dikeluarkan bagi menanggung kos operasi pesawat tersebut selama hampir 2 minggu?

Rakyat macam aku ramai yang nak tahu. Sementara kami ada mood nak tanya elok2, kau kena jawab la Najib woi.

Satgi kami mengamuk kau juga yang rugi. ~Ameno World

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Najib tipu kot.. sengaja nk ambik mc boley spend time pujuk si rosmah tu...

yop berkata...

Mudah2an cepat sembuh. Muhasabah diri atas ujian Allah. Ingatlah:
Sihat sebelum sakit
Kaya sebelum papa
Mulia sebelum hina
Menang sebelum kalah
Gembira sebelum duka
Hidup sebelum mati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...