13 Januari 2015

BEKAS PEMAIN BOLASEPAK MARADONA SAHKAN FIDEL CASTRO MASIH HIDUP!!!


Maradona dan Fidel Castro.
Maradona dan Fidel Castro. (sumber: Reuters)


Kabarkan Keadaannya, Fidel Castro Hantar Maradona Surat

Havana - Bekas pemimpin Cuba Fidel Castro menghantar surat untuk sahabatnya legenda bola sepak Argentina Diego Maradona yang isinya kurang lebih mengkhabarkan keadaan kesihatannya yang semakin bertambah baik. Surat sebanyak empat keping tersebut mematahkan khabar angin bahawa Castro telah meninggal dunia. Demikian dikhabarkan media tempatan, Selasa (13/1).

"Fidel dalam keadaan sihat, ini tanda tangannya jadi kalian boleh mewartakannya ke seluruh dunia," jelas Maradona di hadapan sejumlah wartawan.

Meski terperinci isi surat tersebut tidak didedahkan lengkap, namun Maradona menyatakan pelbagai isu seperti penggunaan minyak dunia, pembebasan tiga anggota intel Cuba oleh Amerika Syarikat, dan pertemuan puncak sayap kiri blo ALBA dari negara-negara Amerika.

Fidel Castro mengakhiri suratnya dengan ungkapan "Un fuerte abrazo maestro" ("A strong teacher s embrace").

Di Cuba Maradona pernah melakukan dua kali penggambaran untuk acara yang ia bawakan iaitu "De Zurda" dan Fidel Castro kerap menontonya. Hal itulah yang menjadi alasan Castro menghantar surat untuk Maradona.

Castro berundur dari kerusi presiden Cuba pada 2006 kerana alasan kesihatan dan menyerahkannya pada adiknya Raul. Sejak itu Castro jarang muncul di awam dan media sehingga sering dirumorkan sudah meninggal.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...