11 Januari 2015

AZMIN IKUT JANJI DICAPATI TERHADAP KAKITANGAN PHSB!!!



Bekas pekerja PHSB tuntut janji Azmin


Alif Aiman

SHAH ALAM - Bekas kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB) terkilan dengan sikap ambil mudah Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang didakwa gagal membela nasib mereka Wakil bekas kakitangan PHSB, Datuk Seri Dr Alif Aiman Abdullah berkata, hampir setahun mereka jalani kehidupan tanpa pendapatan tetap termasuk semua aset seperti emas, kenderaan dijual malah wang simpanan telah habis digunakan.

“Sudah tiga kali kami hantar surat ke pejabat menteri besar, tiada tindakan susulan diambil malah kami tak pernah dipanggil berjumpa.

“Peguam PKNS juga tak pernah berhubung dengan peguam kami. Memang tidak ada hubungan rasmi seperti dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi bahawa pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan kami untuk selesai luar mahkamah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, portal Selangor Kini melaporkan sebahagian daripada kakitangan PHSB yang ditamatkan kontrak, pada Februari tahun lalu sudah kembali berkhidmat dengan anak syarikat milik Kerajaan Negeri itu.

Menurut Mohammed Khusrin, keputusan itu dibuat selepas meneliti laporan yang dikemukakan oleh PKNS sebelum ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan bilangan dan bila kakitangan yang ditamatkan kontrak itu menyambung perkhidmatan.

Berhubung proses tindakan mahkamah yang diambil kumpulan pekerja yang ditamatkan kontrak itu, Mohammed Khusrin berkata, pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan kumpulan terlibat bagi penyelesaian luar mahkamah.

Dalam pada itu, Alif Aiman menegaskan sebahagian kakitangan PHSB yang dinyatakan Mohammed Khusrin itu tidak mewakili jumlah sebenar kumpulan terbabit.

“Kami yang dipecat Februari tahun lalu seramai 22 orang namun hanya tiga daripada jumlah itu dipanggil semula oleh PKNS.

“Tiga surat yang dihantar ke pejabat menteri besar turut tiada maklum balas malah tiada juga panggilan daripada peguam PKNS kepada peguam kami, apakah maksud perbincangan yang dikatakan.

“Azmin sebelum jadi menteri besar janji nak tolong dan tegaskan tindakan terhadap kami adalah satu penganiayaan dan jika beliau ada kuasa akan tolong, mengapa bila beliau berada di posisi hari ini, kami terus dipandang sepi,” katanya.

Menurutnyanya, kes penganiayaan yang dihadapi ini akan terus dibawa ke muka pengadilan menerusi Mahkamah Perusahaan kerana mereka dijadikan mangsa politik

2 ulasan:

Awanama berkata...

orang lain pecat orang lain kena tanggung! knp sikahlid tak bagi pampasan mcm yg dia beri pada geng 8 tu?

Awanama berkata...

Geng penyangak umno ke yg kna pecat tu???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...