03 April 2014

PANAS! APA LAGI AHLI PKR MAHU...JANGAN JADI SEPERTI KEDAH...APA PUN TARAK....

MALAS NAK KEMPEN....HANGPA MASUK PKR KALAU NAK PROJEK LEBIH BAIK LOMPAT MASUK UMNO....PROJEK DAPAT NAMA PUN DAPAT.......

KEJAYAAN MB SELANGOR YANG CUBA DIPADAMKAN DARI SEJARAH NEGARA DAN INGATAN RAKYAT.


Jangan disebabkan kini beralih wadah perjuangan maka apa jua sumbangan ditaburkan mau dilenyapkan dari pengetahuan rakyat.

Itulah apa yang kini diharungi oleh Dato/ Menteri Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim yang menawarkan diri bertanding Timbalan Presiden KEADILAN pada Pemilihan KEADILAN 2014.

Kejayaan beliau membawa balik syarikat konglomerat Guthrie yang ratusan tahun dikuasai British ke Tanah Air.

Lewat tengah hari, tanggal 7 September 1981 di Hotel Cambridge, Kota London.England

Apabila mendengar berita mengejutkan di corong radio, Mark Gent tergamam. Sukar mempercayainya. Kepala mula berdenyut, pandangannya pula berpinar-pinar.

Sekelip mata syarikat yang diterajuinya itu terlepas dari gengaman. Lelaki Inggeris itu sedar, semuanya sudah terlambat.

Lebih 160 tahun menguasai Malaysianized Guthrie, kini tiada apa yang boleh dilakukan untuk menghalang syarikat peladangan terbesar British itu kembali ke pangkuan rakyat Malaysia.

Tokoh korporat British terkemuka yang menguasai Guthrie itu ditewaskan dalam masa empat jam sahaja melalui satu serangan terancang sekumpulan anak tempatan Malaysia.

Ia diketuai seorang anak muda yang dahulunya hanya mengusahakan perusahaan kelapa salai milik neneknya pada usia remaja.

Serangan itu kemudiannya dititipkan dalam sejarah korporat antarabangsa sebagai ‘Dawn Raid’ atau Serangan Waktu Subuh.

Sejak itu, anak muda berkenan – Abdul Khalid Ibrahim yang berusia 35 tahun ketika operasi Dawn Raid ke atas Bursa Saham London dilancarkan, mula menjadi sebutan dunia.

Ketika Inggeris menganggap kejayaan operasi berkenaan sebagai perbuatan ‘nasionalis pintu belakang’ (lantaran dimalukan anak tempatan bekas tanah jajahannya), rakyat Malaysia mengangkat peristiwa itu sebagai kejayaan mengembalikan hak yang hilang.

Ia juga dianggap sebagai satu titik kejayaan bersejarah buat negara.

Hari ini, selepas 33 tahun operasi Dawn Raid makin dilupai ramai, anak muda sama yang kini menduduki jawatan Menteri Besar Selangor dan bergelar tan sri menjalankan satu lagi operasi berbeza tetapi masih dengan matlamat serupa – operasi ‘Selangor water rescue’ atau penyelamatan air Selangor.

Kalau Dawn Raid bagi mengembalikan hak rakyat ke atas peladangan terbesar, operasi kali ini jauh lebih penting – demi mengembalikan hak rakyat Selangor ke atas sumber terpenting kehidupan – air.

Ironinya, jika Dawn Raid bertujuan mengembalikan semula hak rakyat Malaysia dari tangan Inggeris tapi operasi menyelamatkan industri air Selangor dibuat bagi membebaskan belenggu ‘penjajahan korporat tempatan’.

Operasi kali ini bukan lagi serangan mengejut pada awal pagi seperti Dawn Raid tetapi pada siang hari dengan dilimpahi flash kamera media.

Ia suatu operasi panjang dan memenatkan. Tambah pula terpaksa berhadapan dengan serangan demi serangan dari ‘tokoh’ tertentu.

Meskipun dijalankan melalui rundingan dengan anak tempatan tetapi ketamakan menyukarkan operasi.

Rundingan demi rundingan antara Kerajaan Selangor, Kerajaan Persekutuan dan pemegang konsesi industri air Selangor berlarutan lebih lima tahun tetapi menemui jalan buntu.

Ternyata, ia memerlukan satu strategi licik dengan pengetahuan dan pengalaman dunia korporat mendalam serta kemahiran rundingan yang tinggi.

Kebijaksaan Abdul Khalid memberi kelebihan apabila dengan bijak menjadikan Projek Langat 2 sebagai ‘senjata’ dalam rundingan itu.

Bagaimanapun selepas bergelut dengan pelbagai rintangan,

Akhirnya, pada 26 Febuari lalu operasi menyelamatkan industri air Selangor memasuki fasa baru dengan termeterainya memorandum persefahaman (MoU) antara Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan.

Walaupun ia tidak memuktamad operasi itu tetapi cukup melegakan banyak pihak. Mereka menganggap fasa baru ini umpama ‘cahaya di hujung terowong’

Sebenarnya, ketokohan Abdul Khalid bukan semata-mata kejayaan Dawn Raid dan projek penyelamatan industri air Selangor sahaja.

Jangan lupa, beliau jugalah yang bertanggungjawab di belakang kejayaan Kerajaan Selangor mengutip hutang Talam Corporation dan menamatkan apa yang disebutkan sebagai kecelakaan atas isu penamatan kontrak kutipan sampah Alam Flora di Selangor.

Semua operasi-operasi rumit korporat yang dijalankannya tidak lain dan tidak bukan demi mengembalikan hak rakyat.

Ia bukan sekadar kejayaan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar semata-mata, malah wajar dikongsikan bersama seluruh rakyat khususnya rakyat Selangor.

3 ulasan:

Awanama berkata...

terima kasih YB khalid dari anak jati selangor

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
bropkr berkata...

Saya anak jati selangor rasa bangga dgn kejayaan yb mb selangor semoga dicucuri rahmat panjang umur sihat walafiat dan sentiasa beramal.Semoga tidak seperti mb selangor zaman umno bn haram jadah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...