03 April 2014

PANAS! KES CULIK APA ESSCOM BUAT....MP BENTANG USUL TERGEMPAR DI PARLIMEN

Penculikan di Sabah, Esscom patut berupaya tangani ekoran perbelanjaan RM200juta

 Kreadibiliti operasi Kawasan Keselamatan Timur Sabah (Esscom) dipertikaikan keberkesanannya dalam mengangani isu keselamatan sehingga mengakibatkan berlakunya kejadian penculikan dua individu di Singamata Reef Resort, Sabah semalam.

Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong Tien Fatt dalam sidang satu sidang media berkata kejadian mengejutkan ini menunjukkan kegagalan fungsi Esscom yang sepatutnya menjamin keselamatan Sabah khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah.



“Kami terkejut dengan penubuhan Esscom yang menelan belanja jutaan ringgit namun masih gagal mempertahankan keselamatan Sabah khususnya Pantai Timur Sabah.

“Adalah satu perkara yang memalukan buat negara dan rakyat Sabah bila keselamatan pertahanan kita disifatkan rapuh. “Kami percaya insiden ini memberikan implikasi besar kepada negara dan pelancongan Sabah,” katanya di Lobi Parlimen.

Dalam kejadian semalam seorang pelancong China dan seorang pekerja sebuah pusat peranginan telah diculik di Sabah oleh kumpulan lelaki bersenjata.


Akhbar West China Metropolis Daily, memetik pengurus hotel tersebut yang hanya dikenali sebagai Vicky sebagai berkata lima hingga enam orang bersenjata menyerbu pusat peranginan itu pada kira-kira jam 10.30 malam dan lari dengan menaiki bot sejurus kemudian.

Pelancong wanita China itu dikenali sebagai Gao Huayun yang berusia dalam 20-an dari Shanghai manakala pekerja wanita hotel tersebut adalah rakyat Filipina.

Katanya, ini merupakan persoalan penting yang perlu dijawab kerana jika pertahanan Sabah mudah ditembusi ia merupakan satu kegagalan kepada Esscom.

“Kami percaya penjenayah itu merupakan pendatang haram yang lama menetap di Sabah dan kehadiran mereka tidak dapat dikesan.

“Kami mendesak laporan Suruhajaya Siasatan Diraja pendatang tanpa izin di Sabah dikemukakan segera dan mengambil tindakan segera untuk diselesaikan,” kata beliau lagi.

Penubuhan Esscom diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan peruntukan awal berjumlah RM200 juta selepas kejadian pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu.

Dalam pembentangan Bajet 2014, kerajaan memberikan peruntukan tambahan berjumlah RM75 juta dan RM11 juta diperuntukkan untuk menaiktaraf infrastruktur di 62 checkpoint.


Kes culik di resort: Ahli Parlimen Sabah bentang usul tergempar

Ahli Parlimen pembangkang dari Sabah akan membentangkan usul tergempar di Dewan Rakyat petang ini susulan penculikan dua wanita dari China dan Filipina dari sebuah resort di Semporna malam tadi.

Ahli Parlimen Sandakan daripada DAP, Stephen Wong Tien Fatt, berkata langkah ini adalah perlu kerana ia melibatkan kepentingan awam.

"Ini bukan kali pertama kejadian sebegini berlaku. Saya terkejut kerana Esscom gagal menjalankan tugasnya untuk menjaga keselamatan di Sabah khasnya di bahagian timur Sabah," katanya merujuk kepada Zon Keselamatan Timur Laut Sabah (Esscom) yang meliputi kawasan seluas 1,400 km di pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau.

Ia diwujudkan Mac tahun lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas pencerobohan Lahad Datu oleh militan Sulu sebulan sebelum itu.

Mangsa terakhir ini dikenali sebagai Gao Hua Yun, 29, dari Shanghai, China. Seorang lagi adalah pekerja Filipina yang belum dikenal pasti. Mereka dibawa lari dari Singamata Reef Resort.

Kejadian terbaru ini selepas insiden seumpama berlaku tahun lalu: dua kes membabitkan nelayan di atas bot mereka pada April dan pada November pula, pelancong Taiwan diculik dari Pulau Pom-Pom.

Stephen berkata, Sabah menerima ramai kunjungan warga asing, dan ini menjelaskan mengapa Esscom tidak berkesan.

Rakan partinya, Jommy Wong Sze Phin (DAP-Sabah) berkata, Sabah amat bergantung kepada industry pelancongan dan kejadian seperti ini sudah tentu memberi kesan kepada pendapatan negeri Borneo itu.

“Secara tidak langsungnya, industry pelancongan negara kita turut diculik akibat kejadian ini,” katanya dan menambah beliau berharap ahli Parlimen BN akan menyokong usul itu.

Beliau juga mempersoalkan waktu maklum balas polis, mengatakan jarak balai polis dengan pusat peranginan itu hanya 10 minit dengan menaiki bot, tetapi pasukan itu mengambil masa lebih sejam untuk tiba di tempat kejadian.

Dalam mempersoalkan kredibiliti Esscom, dua ahli Parlimen itu mahu Pengarah Esscom, Datuk Mohammad Mantek mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka dan meletak jawatan kerana kegagalannya mengekalkan keselamatan di Sabah.

“Kami percaya ada kemungkinan lelaki bersenjata itu mungkin pendatang tanpa izin yang dibenarkan tinggal di Sabah selama berdekad lamanya. Sebab itu, kita tidak perasan kehadiran mereka.

“Kemungkinan wujud pembabitan pendatang tanpa izin dalam kes ini perlu dipertimbangkan oleh pihak berkuasa,” kata mereka. Susulan daripada insiden terbaru itu, mereka mendesak kerajaan mengeluarkan semula kad pengenalan kepada semua rakyat Sabah.

“Kita mahu kerajaan persekutuan bertindak dan melakukan perkara yang betul iaitu memperbaharui semua kad pengenalan kerana ada warga asing memegang MyKad dan agak sukar membezakan antara mereka dengan rakyat tempatan,” kata Jimmy dan menambah laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang tanpa izin juga perlu dikeluarkan secepat mungkin.


Penculikan di Sabah sukarkan lagi hubungan Malaysia-China, kata laman berita

Penculikan dua wanita, termasuk seorang pelancong berumur 29 tahun dari Shanghai, di sebuah resort dekat Semporna, Sabah bakal menyukarkan hubungan antara Malaysia dengan China dan juga mengurangkan kedatangan pelancong ke negara ini, lapor sebuah laman berita.

Kejadian berlaku ketika China dan Malaysia, yang selama ini mempunyai hubungan yang panjang, cuba memperbaiki hubungan yang rosak teruk akibat kehilangan pesawat Penerbangan MH370 pada 8 Mac lalu, lapor laman berita Quartz.

Walaupun duta China ke Malaysia memberi jaminan semalam bahawa hubungan antara dua negara terus kukuh, dan menyalahkan media barat kerana mempermainkan isu MH370, reaksi marah dari rakyat China dan media di Beijing ke atas kehilangan pesawat itu menyebabkan ramai yang memerhatikan hubungan kedua-dua negara.

Penculikan rakyat China dan Filipina juga dijangka akan mengganggu industri pelancongan di Malaysia yang sudah kehilangan ramai pelancong akibat tindakan agensi pelancongan dan pelancong China kerana kelemahan dalam penyiasatan MH370.

Penculikan terkini itu tersebar bagaikan api dalam laman sosial China, Sina Weibo, di mana gambar yang dikatakan kejadian itu disebarkan.

"Mengapa pergi ke sana?" tanya seorang pelawat China dalam laman itu. "Hidup gembira, jauhkan Malaysia," kata seorang lagi.




Tentera Filipina mengadakan check point di Indanan, Kepulauan Sulu berikutan penculikan dua individu di Singamata Resort di Semporna, Sabah..

Sementara itu Ketua Pengarah Wilayah ESSCOM Timur mengesahkan penculikan tersebut.. pihak polis sabah enggan beri kenyataan....

Najib plak mengeluarkan kenyataan penculikan itu dirancang utk mengeruhkan hubungan diplomatik M'sia dan China...

1 ulasan:

Awanama berkata...

Ketua Pengarah ESSCOM,
Datuk Mohammad bin Mentek anak jati Sabah..orang Semporna

apa dia buat ya?? orang Sabah sendiri tau kalau di Lahad Datu..Tawau..Sandakan..SEMPORNA....

amat ramai pendatang @ warga asing tanpa dokumen yang sah beranak pinak sanaaaaaaaa

apa mcm skrg?? mustahil Ketua Pengarah ESSCOM yang juga anak jati Sabah tak tau hal mcm tuuuuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...