29 September 2014

PUNCA SEBENAR AHLI MPPP DIPECAT TERSEBAR


Dapat maklumat dari sahabat2 di Penang, Bendahari PAS Penang yang jadi perwakilan tu berfahaman UG yang mirip pada ISMA.

Tapi yang herannya jawatan dlm kerajaan negeri nak pegang pulak. Patutnya kalau tak setuju dgn kerajaan negeri, letak semua jawatan dulu.

Gaji dari kerajaan negeri nak ambik tapi benci PAkatan Rakyat.Lepas tu hentam kerajaan negeri secara terbuka.

Ni namanya manusia tiada malu. Manusia takda maruah.Dah lah kritikan dia kritikan palsu pulak tu. FItnah semata-mata.

Nasrudin Hassan At Tantawi pun cepat2 mempertahankan geng se UG dia. ~tulang besi


JAWAPAN DARI KERAJAAN NEGERI PP......

Kami berasa dukacita dengan dakwaan berterusan daripada Saudara Iszuree terhadap Kerajaan Negeri. Tuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh beliau terhadap Kerajaan Negeri adalah berniat jahat dan tidak langsung mencerminkan perkara sebenar.

Tindakan diambil oleh kerajaan negeri kerana Encik Izuree telahpun menfitnah kerajaan negeri PR sendiri yang diwakili beliau dengan serangan melulu bahawa kerajaan PR serupa dengan BN dengan meneruskan dasar pro-pemaju bila menguruskan masalah setinggan.

Ini tidak benar sekali kerana kerajaan negeri PR tidak mengeluarkan sebarang kelulusan pembangunan(development order) kepada pemaju untuk sebarang permohonan ke atas tanah yang melibatkan setinggan. Ini adalah perubahan ketara daripada dasar BN sebelum ini yang memberikan “development order” sungguhpun masalah setinggan belum diselesaikan.

Perubahan dasar ini adalah untuk menggalakkan pemaju mengadakan rundingan dan selesaikan secara baik satu formula munasabah dengan setinggan. Malangnya beberapa pemaju dan tuanpunya tanah yang ada kaitan dengan BN dan UMNO enggan mengadakan rundingan dengan setinggan dan sebaliknya menggunakan tindakan mahkamah untuk menghalau setinggan tanpa bayaran pampasan yang munasabah. Untuk kes-kes “BN atau UMNO” sedemikian, kerajaan negeri bukan sahaja mengaturkan peguam untuk membela setinggan tetapi juga tidak akan memberikan “development order” sekiranya si pemaju ala “BN atau UMNO” ini berjaya dalam mahkamah.

Saudara Iszuree sedia maklum tentang perubahan dasar ini dan beberapa kampong yang disebutnya yang melibatkan kes mahkamah jelas sekali melibatkan mereka yang ada hubungkait dengan UMNO atau BN. Untuk setinggan yang menduduki tanah kerajaan, menjadi polisi Kerajaan Negeri bahawa bayaran pampasan atau rumah akan disediakan sekiranya mereka terpaksa berpindah atau tidak memiliki rumah.

Adalah dikesali Saudara Izuree (walau selepas dikenakan tindakan), masih cuba mengheret isu-isu lain yang tidak berkaitan dan bermain dengan sentimen. Beliau seharusnya rasional dan perlu mengakui bahawa kerajaan negeri PR hanya mengambil tanah untuk tujuan awam, termasuk buat kali pertama pengambilan tanah milikan bukan Melayu dan bukan Islam untuk tujuan perkuburan orang Islam.

Izuree juga harus menerima prinsip lantikan beliau sebagai ahli MPPP bukan dipilih secara langsung oleh rakyat tetapi dilantik oleh kerajaan negeri. Lantikan dibuat atas kepercayaan dan keyakinan kerajaan negeri terhadap beliau sebagai seorang pendokong kerajaan negeri yang membela rakyat. 


Sebagai seorang Ahli Majlis MPPP, beliau harus tahu bahawa; setiap dasar yang digubal sejak 2008 adalah atas semangat kebertanggungjawaban bersama atau collective resposibility.

Kerajaan Negeri sentiasa terbuka kepada kritikan dan pandangan daripada mana-mana pihak sekalipun selagi mana ianya bukanlah fitnah atau cercaan. Pastinya kami di dalam Kerajaan Negeri sentiasa memberi ruang, peluang dan saluran yang luas untuk seorang yang bergelar Ahli Majls untuk menyatakan pandangan dan saranan. Bahkan kami juga memberi kebebasan untuk mengkritik di dalam mesyuarat dan menyatakan bantahan. Namun adab dan etika itu haruslah dititikberatkan.

Saudara Iszuree harus menilai tingkah laku beliau selama ini samada ia selaras dengan semangat Pakatan Rakyat. Beliau harus hentikan fitnah bahawa dasar PR serupa dengan dasar BN yang pro pemaju. Hakikatnya sukar untuk sebuah Kerajaan Negeri melaksanakan tugas mereka sekiranya wujud apa yang dipanggil sebagai gunting di dalam lipatan. Sebagai sebuah Kerajaan, adalah menjadi tanggungjawab kami memastikan setiap polisi dan dasar yang telah dipersetujui bersama dapat dilaksanakan dengan baik tanpa sebarang unsur-unsur yang boleh menjejaskan perlaksanaannya. Kerajaan Negeri juga tidak teragak - agak untuk mengambil tindakan kepada mereka yang di dalam pentadbiran kami masih tidak mahu menghormati kesepakatan yang telah kita capai.

Dr Afif Bahardin
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gaya pemimpin PAS menyokong parti yang dia anuti dan digabungi telah diberi betis dia nak pula paha sikap yang tak tahu berterima kasih dia fikir dia berada disebalik dinding yang terlindung dari perbuatan khianatnya,adakah dia sedar diri atau dia dalam lamunan mimpi untuk berUG denagan UMNO dan berjuang untuk UMNO diPenang tu.

Tanpa Nama berkata...

Iszuree ini menunjukan dirinya bodoh berpolitik, tiada pendirian. Kalau ada komen atau bantahan, luahkan saja dalam mesyuarat MPPP, kenapa dibawa keluar ke pentas muktamar? Nak menunjuk aku ni lah ahli MPPP ke? Bodoh punya BARUA !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...