06 Ogos 2014

VIDEO 'SUKAN BOGEL' DISAHKAN DI KAWASAN UNTUK PEGAWAI AWAM KERAJAAN PERSEKUTUAN

7 Rakyat Malaysia Dikenal Pasti Dalam Video 'Sukan Bogel' - Polis




GEORGE TOWN: Polis mengenal pasti tujuh rakyat Malaysia yang merupakan antara peserta pesta 'sukan bogel', yang didakwa diadakan di Teluk Bahang.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi pada Rabu berkata, seramai 15 peserta dilihat di dalam video yang bertajuk "Penang Nude Sport Games" (Pesta Sukan Bogel Pulau Pinang) di mana tujuh rakyat Malaysia, manakala empat lagi dari Singapura.

"Mereka yang lain adalah seorang dari Filipina, dua dari Myanmar, dan seorang dari India.

"Sembilan peserta adalah lelaki manakala enam lagi wanita," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang di sini.Beliau berkata, polis turut merakamkan kenyataan 10 individu bagi membantu siasatan.

Video berkenaan tersebar selepas ia dimuat naik dua bulan lalu di laman perkongsian video Vimeo. ~mstar


Dibawah:  inilah kwsn diwartakan kerjn Persekutuan yg chalet utk pegawai awam shj.Macam mana boleh bagi sama org luar guna...? pic.twitter.com/KZH0NBpY1q




Pesta bogel: Chalet diwarta hanya untuk pegawai awam

HARAKAHDAILY | 06 Ogos 2014.

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempersoal mengapa Chalet yang diwartakan hanya untuk pegawai awam oleh Kerajaan Pesekutuan itu dibenarkan digunakan oleh pihak luar untuk mengadakan pesta sukan bogel.

"Inilah kwsn diwartakan kerjn Persekutuan yg chalet utk pegawai awam shj.Macam mana boleh bagi sama org luar guna...?", tulisnya di Twitter.

Tulisan itu turut disertakan dengan sekeping gambar papan tanda 'Teluk Kampi Trail, Taman Negara Pulau Pinang'.

Di Twitter tersebut, beliau turut diminta oleh pengikut beliau agar mengambil tindakan terhadap isu tersebut.

Dalam reaksinya, Lim berkata kerajaan negeri telah memaklumkan kes itu kepada pihak polis.

"Pls give the Forestry Dept n Fed govt Ministry time 2 investigate n rpt.

"Takkan kerjn negeri akan benarkan aktiviti ini, bila kasino pun tak dluluskan?," katanya lagi.

Beberapa blog Umno sejak kelmarin menjadikan satu video berhubung kegiatan berbogel bertajuk ‘Penang Nudist Sports Games 2014 in Teluk Bahang’ sebagai modal untuk menuduh kerajaan Pulau Pinang terlibat dengan aktiviti keji.

Video kontroversi yang tersebar di Internet itu pula menunjukkan aktiviti berbogel termasuk mengecat badan, dan pertandingan menari dan sukaneka. - HARAKAHDAILY

Media dan macai pro-umno dah kantoi rasanya.......
nak pedajai pun jangan bagi malu tuan......


1 ulasan:

Unknown berkata...

Ini semua laknat mcm babi buat malu bangsa. Eh jgn bikin malu negara Malaysia. Bintang lembu2 ni makan taik ni dah mcm logi taik. Mati kn bagus bodoh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...