04 Ogos 2014

MB cabar PKR lapor isu integritinya pada SPRM

Saya Mengalu-alukan Siasatan Terhadap Dakwaan Salah Laku

Saya memandang serius tuduhan salah laku yang dilemparkan oleh Setiausaha Agung KEADILAN, Dato’ Saifuddin Nasution. Saya menafikan dakwaan ini kerana perkara tersebut tidak benar sama sekali.


Sekiranya Dato’ Saifuddin yakin beliau juga berada di pihak yang benar, maka beliau dan rakan-rakan dalam KEADILAN sepatutnya membuat laporan dengan kadar segera kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pihak polis dan Bank Negara Malaysia selain mendedahkan sekiranya ada bukti-bukti bagi mengukuhkan dakwaan salah laku itu.


Kegagalan Dato’ Saifuddin dan rakan-rakan dalam KEADILAN untuk berbuat demikian hanya akan mengundang spekulasi bahawa tuduhan-tuduhan ini bermotifkan politik dan berniat jahat.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan kesediaan memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama sekiranya ada siasatan dijalankan terhadap saya.

Saya mengingatkan rakan-rakan supaya berhati-hati membuat tuduhan kerana saya berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan fitnah yang dilemparkan terhadap saya.

Pada masa yang sama, saya akan meneruskan keupayaan memberi khidmat terbaik kepada rakyat Selangor dengan mentadbir negeri ini secara telus, bertanggungjawab dan pentadbiran yang baik.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

4 OGOS 2014


Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu ditukar kerana masalah "keraguan integriti" susulan isu penyelesaian hutang beliau dengan sebuah bank.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jawatankuasa PKR bukan nak suruh SPRM siasat setakat ni . Jangan nampak kebodohan TSKI . Mereka minta penjelasan dari TSKI . Kenapa corner jauh keluar dari motif sebenar . Kami rakyat Selangor nak tau , Jangan kelentong keliling pulak .

Tanpa Nama berkata...

Apa sdh jd dgn pkr ni blm jd pm dah haru-biru 2x5 dgn umno jgk la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...