04 Ogos 2014

ISU PASAR MALAM PANTAI JOHOR...MBAS BERTINDAK MACAM ZIONIS???




FB : Aduan Rakyat Kedah

Selepas menilai pandangan daripada beberapa pihak, pihak ARK berpendapat isu sebenar di sini bukanlah orang ramai dan rakyat berniat untuk mempertikaikan kuasa dan justifikasi MBAS dan kerajaan negeri untuk memindahkan pasar malam tersebut, tetapi bagi pihak kami isu sebenar adalah cara dan kaedah bagaimana MBAS bertindak. 

Tentunya masalah komunikasi timbul apabila secara tiba-tiba para peniaga dan orang awam hanya dikhabarkan melalui sekeping banner yang terang-terangan menyatakan operasi pasar malam Pantai Johor dihentikan atau ditamatkan mulai 1 Ogos 2014. Pihak peniaga juga tidak diberikan makluman secara rasmi apatah lagi dibawa berbincang berkenaan lokasi baru pasar malam tersebut sama ada sesuai atau tidak.

 Keadaan menjadi lebih buruk apabila pada hari 1 Ogos pula, ketika rakyat masih dalam suasana mood hari raya, pihak penguatkuasa MBAS datang untuk standby di lokasi pasar malam Pantai Johor. Bagi pihak kami, ini merupakan satu 'public relation (PR) disaster' bagi MBAS dan tidak bertepatan dengan semangat tema 'Rakyat Didahulukan' dan 'Kedah Aman Makmur' yang mana setiap agensi kerajaan harus mesra rakyat dan harus tinggi nilai budi bahasa dan budi bicara.

 Pihak kami tidak hairan kerana jika beginilah sikap MBAS,kerana sememangnya dari awal pihak kami tidak pernah menerima sebarang respon rasmi daripada pihak MBAS bagi setiap aduan yang kami salurkan daripada pengadu dalam ARK ini untuk isu-isu yang melibatkan MBAS. Tetapi yang menghairankan pula, apabila hendak menutup pasar malam ini, tiba-tiba aduan rakyat pula dijadikan alasan dan diambilkira, sedangkan pasar ini sudah beroperasi hampir 30 tahun.

Pihak kami merasakan pandangan rakyat tidak akan diambil kira dalam menyelesaikan isu pasar malam ini dan lama kelamaan perkara ini akan sejuk dan akhirnya orang-orang Melayu juga yang akan rugi. Pihak kami tidak bercadang untuk melibatkan soal politik kepartian dalam hal ini, biarlah UMNO dengan UMNOnya dan Pas dengan Pasnya, tetapi ini isu rakyat yang harus ditangani dan diadili bersama oleh parti-parti politik yang mengaku berjuang demi rakyat.

Pihak kami tidak berniat menyinggung sesiapa, cuma kami juga rakyat yang mahukan yang terbaik untuk rakyat. Semoga agensi-agensi kerajaan selepas ini akan lebih berhemah dalam menangani isu yang melibatkan khalayak ramai. 

ARK - Daripada Rakyat Untuk Rakyat.


Pindah pasar malam sebab faktor keselamatan
ALOR SETAR - Kerajaan negeri terpaksa menghentikan operasi pasar malam di Pantai Johor, di sini, atas faktor keselamatan. Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan...


 200 PENIAGA PASAR MALAM PANTAI JOHOR, ALOR SETAR TUNJUK PERASAAN BANTAH TINDAKAN MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR HENTIKAN OPERASI PASAR MALAM BERKENAAN.





Kira-kira 200 peniaga pasar malam majoritinya Melayu/Islam di Pantai Johor di sini menunjuk perasaan sebagai membantah tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menghentikan operasi pasar malam itu.

Mereka mendakwa MBAS tidak berbincang dengan mereka sebelum mengeluarkan notis menamatkan operasi pasar malam setiap hari Jumaat itu yang berkuat kuasa hari ini.

Pengerusi Pertubuhan Usahawan Mikro Dan Kecil Utara (U-Mikro Kedah), Mohd. Naim Ismail berkata, MBAS hanya memasang kain rentang memberitahu tentang perkara itu.

"Alasan yang diberi ialah pasar malam itu mengganggu laluan kenderaan,” katanya dan menambah pasar malam tersebut hanya beroperasi seminggu sekali.

Beliau berkata, jika tidak diberi kebenaran berniaga di situ, MBAS perlu menyediakan tapak lain.

U-Mikro Kedah bersama peniaga turut membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Sementara itu, Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, arahan penutupan dilakukan bagi menyelesaikan beberapa masalah seperti kesesakan dan kawasan parkir bagi jemaah masjid berdekatan selain pasar malam itu terletak di jalan protokol.

Beliau berkata, kawasan tersebut menjadi semakin sempit kerana terdapat peniaga yang turut berniaga di atas jalan utama.

"Pihak kami sudah memperoleh tapak baharu yang terletak di Jalan Suka Menanti dan pengumuman mengenainya dijangka dibuat Ahad ini dan mereka boleh mula berniaga di situ Jumaat depan," katanya.

BN MENANG RAKYAT SENANG SUNGGUH!!!!! ... SENANG DIPERBODOHKAN!!!!

Exco Kedah Mabuk Air Ketum Dan Menghilang Selepas Aniaya Peniaga

Posted by Era pasca

Slogan 'BN MENANG KEDAH SENANG' sepatutnya ditukar menjadi 'BN MENANG, RAKYAT TERANIAYA'.

Macai UMNO terutama di Kedah bagi gambaran yang super hebat kepada Mukhriz Mahathir. Tapi bukan semua orang buta dan bukan semua orang bodoh. Kalau setakat melawat sana sini, berjubah dan berketayap putih dengan kain tersidai di atas bahu menyerupai kaum zuhud, Mukhriz Mahathir hanyalah munafik. Sepanjang Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar, tidak ada suatu apa pun pembaharuan yang dibuat kecuali retorik di sana sini semata-mata untuk mendapatkan populariti.



Itulah juga yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan penjilatnya. Mereka membantu Mukhriz untuk popular, bukan untuk memberitahunya masalah-masalah yang sedang berlaku di Kedah yang perlukan perhatian dan penyelesaian segera.

Kalau di Kedah namanya Lebuhraya, jangan pulak fikir ia adalah lebuhraya yang sebenar, melainkan jalanraya yang sengaja dinamakan lebuhraya untuk menipu rakyat, kononnya Kedah sudah maju. Salah satu 'lebuhraya' yang ada di Kedah adalah Lebuhraya Darulaman.

Pantai Johor terletak di tepi Lebuhraya Darulaman. Selama lebih 20 tahun, sebilangan orang Melayu berniaga di Tapak Pasar Malam, Lebuhraya Darulaman, Pantai Johor, Alor Star, Kedah. Dari penghujung zaman Man Arop, bawa ke zaman Det Khalid, pada zaman Almarhum Ustaz Azizan sehinggalah ke zaman anak lelaki Maha Death yang botak. Melayu-Melayu tersebut bukanlah peniaga-peniaga kaya, tidak menyusahkan orang dan tidak membawa sama masalah sosial.

Tetapi Exco yang bertanggungjawab, Badrul Hisham Hashim melihat orang Melayu adalah mekanisme terbaiknya untuk menjulang nama. Konon-kononnya dia bekerja.

Sehari sebelum Hari Raya Aidil Fitri, Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) telah menggantung banner yang memaklumkan penamatan operasi Pasar Malam Pantai Johor berkuatkuasa 1 Ogos 2014. Arahan Datuk Bandar Alor Star, orang Melayu tidak boleh berniaga di situ lagi sedangkan aktiviti perniagaan di situ hanyalah seminggu sekali serta tidak mengganggu kelancaran lalulintas. Selain itu, kewujudan pasar malam tersebut turut memeriahkan Pekan Pantai Johor dengan aktiviti ekonomi lain turut berlangsung.

MBAS memaklumkan mereka telah menggantung banner tersebut lebih dari dua minggu, manakala para peniaga dan orang ramai pula memberitahu, banner tersebut hanya kelihatan mulai hari Rabu, 26 Julai 2014. Maknanya baru sangat digantung dan digantung pula dalam keadaan tergesa-gesa.


Semalam, para peniaga mulai berhimpun menyatakan rasa tidak puas hati berhubung tindakan kejam MBAS dan UMNO Kedah. Cubaan beberapa orang daripada mereka untuk menghubungi Exco terbabit, tidak berjaya kerana Badrul Hisham Hashim menghilangkan diri dan enggan menjawab sebarang panggilan telefon. Manakala ADUN Anak Bukit, Ir. Amirruddin Hamzah cuba menghubungi Datuk Bandar dan SETPOL Mukhriz untuk menyatakan kegelisahan dan tidak puas hati para peniaga yang teraniaya itu.

Malangnya, Datuk Bandar tidak dapat dihubungi. SETPOL Mukhriz Botak juga hilang entah ke mana.

Difahamkan, MBAS sebelum ini telah mengeluarkan arahan agar para peniaga berpindah ke Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar, Alor Star yang terletak beberapa kilometer dari Pantai Johor. Perangai ubah tempat, ubah lokasi, sudah menjadi sebahagian daripada perancangan jahat UMNO dari dulu lagi. Sepatutnya tempat itu dimajukan, dinaikkan taraf untuk membolehkan orang Melayu berniaga, bukannya mengarahkan mereka ke tempat baru.

Apa sebenarnya yang ada di Pantai Johor yang UMNO melihatnya sebagai lubuk emas untuk dikaut sehingga perlu menghalau para peniaga di Tapak Pasar Malam itu?

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...