24 Jun 2014

NATANG APA PULAK NIE PT3

 PT3 ganti PMR



Guru perlu taklimat jelas mengenai bagaimana Pentaksiran Tingkatan 3 akan menggantikan Peperiksaan Menengah Rendah untuk pelajar tingkatan 3 bermula tahun ini.

Pengarah Strategi DAP Dr Ong Kian Ming mempersoalkan kaedah penerangan yang akan digunakan Kementerian Pendidikan berhubung penggantian Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) kepada Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Ahli Parlimen Serdang itu turut mempersoalkan kekurangan itu, sejauh mana pencapaian dalam Laporan Tahunan 2013 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) boleh dipercayai.

"Setakat mana ‘pencapaian’ yang digariskan dalam PPPM boleh dipercayai apabila Kementerian Pendidikan tidak dapat menjelaskan bagaimana PT3 akan menggantikan PMR mulai tahun ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini di Kuala Lumpur.

Ong berkata, sukar baginya untuk mempercayai pencapaian itu apabila Kementerian Pendidikan gagal melaksanakan satu isu yang jauh lebih asas - iaitu untuk menjelaskan kepada guru, ibu bapa dan pelajar bagaimana PT3 akan menggantikan PMR.

Beliau bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, atas usaha beliau untuk menunaikan janji dalam PPPM 2013-2025 untuk menyediakan laporan tahunan tentang pelaksanaan PPPM.

"Laporan Tahunan 2013 PPPM, yang disediakan oleh Unit PADU di Kementerian Pendidikan, menonjolkan pelbagai kejayaan yang dicapai dalam tahun pertama pelaksanaan PPPM," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, usahanya untuk memahami perkara itu, menggunakan laman sesawang Lembaga Peperiksaan yang dinyatakan Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh menemui kegagalan.

"Saya cuba untuk mengakses laman sesawang ini sejak Khamis lalu, 18 Jun, tetapi tidak berjaya," katanya, dan menambah, semakannya pada jam 10.15 pagi ini turut gagal.

Ong berkata, meskipun kementerian melalui Idris memberi jaminan, dua surat pekeliling dikeluarkan untuk menjelaskan PT3 dan dimuat naik ke laman sesawang Lembaga Peperiksaan; www.moe.gov.my, laman web berkenaan gagal diakses sejak tiga bulan lalu.

"Tetapi hampir tiga bulan selepas pengeluaran surat pekeliling ini dan selepas menteri merujukkan laman web Lembaga Peperiksaan dalam jawapan Parlimen beliau, baik garis panduan ataupun laman sesawang berkenaan tidak boleh diakses," katanya.

Ong berkata, ketidaktentuan berhubung pelaksanaan PT3 juga menjadi punca Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Lok Yim Pheng, meminta Lembaga Peperiksaan memberi taklimat kepada guru bagi memastikan kelancaran pelaksanaan PT3.

"Jika guru sendiri risau dengan pelaksanaan PT3, saya hanya boleh bayangkan kekeliruan ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang belajar di tingkatan 3," katanya.

Ong berkata, berdasarkan kajian keluarga berpendapatan rendah yang dikendalikan oleh Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), salah satu penemuan utama adalah jurang maklumat di antara rancangan kerajaan dan maklumat yang diterima oleh golongan miskin.

"Jurang maklumat ini pasti akan termasuk rancangan untuk menggantikan PMR dengan PT3 walaupun jaminan diberikan oleh menteri wakil semua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di seluruh negara akan diberi taklimat mengenai perubahan ini.

"Sekiranya kementerian gagal menjelaskan dan melaksanakan sesuatu yang begitu asas seperti PT3, setakat mana ‘pencapaian’ yang disenaraikan dalam Laporan Tahunan 2013 PPPM boleh dipercayai?" soalnya.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-persoal-kaedah-pt3-ganti-pmr#sthash.mw9mVib8.dpuf

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...