24 Jun 2014

MUKRIZ NIE MENTERI PENGANGKUTAN NOMBOR BERAPA?


Dok tengok banyak jalan negeri, bandaran dan persekutuan masih teruk semenjak Bn  perintah kedah....tu belum tengok simpang , side table jalan yang tidak terurus ...anda rakyat kedah tengoklah sendiri bagaimana penyelenggaran amat kurang malah tahap teruk....

Tak payah lah nak kalut buat projek mega....kalau hutang kerajaan pusat semakin kritikal dan akhir sekali membebankan rakyat dengan cukai baru GST.......

Apa perlunya projek lapangan terbang, tumpukan projek untuk naikkan tahap pendapatan penduduk di kedah yang masih miskin lagi.....

Cadangan bina lapangan antarabangsa di Kulim



Cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Kulim, Kedah, bagi memenuhi peningkatan penerbangan ke wilayah utara, dijangka melibatkan kos RM1.6 bilion, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Kos berkenaan termasuk pengambilan tanah, pembinaan infrastruktur asas lapangan terbang dan dua landasan, katanya.

Mukhriz berkata kajian telah dilakukan dan penting bagi negeri-negeri utara untuk mempunyai satu lagi lapangan terbang antarabangsa memandangkan Lapangan Terbang Bayan Lepas yang sedia ada di Pulau Pinang mungkin akan mencapai kapasiti maksimum dalam dua tahun.

"Satu lagi faktor yang membimbangkan ialah lapangan terbang itu mempunyai satu landasan, yang mempunyai kapasiti terhad untuk menampung lebih banyak pesawat. Pendaratan oleh pesawat kargo telah dikurangkan lebih 10 peratus dalam tempoh tiga tahun lepas.

"Wilayah utara berkembang dan memerlukan perkhidmatan dan kemudahan kargo udara," katanya pada sidang akhbar selepas perasmian pejabat Bina Darulaman Bhd di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Tan Sri Tajuddin Atan, Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Bhd Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, dan Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Glomac Bhd Datuk Seri FD Iskandar.

Mukhriz berkata bukan mudah bagi lapangan terbang Pulau Pinang mempunyai landasan kedua memandangkan kilang-kilang terletak berhampirannya, sambil menambah bahawa cadangan penambakan laut untuk memanjangkan landasan itu sebagai "lebih mudah bercakap daripada melakukannya".

"Penyambungan landasan tidak membantu... peningkatan penerbangan hanya dengan lebih banyak landasan dan tidak memanjangkan yang sedia ada," katanya.

Beliau berkata Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai Jepun di Osaka, yang dibina melalui proses penambakan laut, mengambil kira-kira 10 tahun.

Mukhriz berkata adalah lebih murah untuk membina lapangan terbang di tanah besar dan bukannya melalui penambakan laut, sambil menambah bahawa lebih 600 hektar tanah ladang getah tersedia di Kulim untuk lapangan terbang yang dicadangkan itu yang boleh mempunyai sehingga empat landasan.

Beliau berkata lapangan terbang itu, jika diluluskan oleh kerajaan persekutuan, boleh menjadi lapangan terbang serantau, untuk menampung kawasan di selatan Thailand.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Datuk Izham Yusoff, berkata syarikat itu merancang untuk mengukuhkan kunci kira-kiranya pada tahun ini dan juga untuk menambah simpanan tanah.

Syarikat juga akan terus memberi tumpuan kepada perniagaan teras iaitu hartanah, kejuruteraan dan pembinaan lebuh raya serta penyelenggaraan jalan, kata beliau.



9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biasala... yg penting masyuuuk! Satu lg projek utk mengkayakan diri sendiri & kroni2.

Tanpa Nama berkata...

itulah dulu masa ada kuasa asyik dok begadoh sesama sendiri hanya kerana rebut projek sekarang depa dah dapat balik depa buatla apa depa suka rakyat papa depa peduli bila mai PRU depa huluq la, kita juga yang melehaq pakat pi kerumun kat depa.

Tanpa Nama berkata...

Setuju.. Rakyat kedah sgat2 pandai bpolitik! Last2 apa pown tarak! Tanggung lh ye.. Sayang mukhris ek?

HeroTamil berkata...

Salam ukhwah, mohon pautan.

1herotamil.blogspot.com

http://1herotamil.blogspot.com/2014/06/mana-litar-lumba-untuk-kami.html

Unknown berkata...

Rakyat kedah yg sokong bn jgn marah pd dt mukriz apa dia buat khas utk kedah maju 2020 biar rakyat kedah miskin janji aku n kroni dpt projek..tanggunglah bebanan hutang kedah..ternyata rakyat kedah sudah ditipu pru 13 janjidicapati..

Unknown berkata...

Rakyat kedah yg sokong bn jgn marah pd dt mukriz apa dia buat khas utk kedah maju 2020 biar rakyat kedah miskin janji aku n kroni dpt projek..tanggunglah bebanan hutang kedah..ternyata rakyat kedah sudah ditipu pru 13 janjidicapati..

Unknown berkata...

Rakyat kedah yg sokong bn jgn marah pd dt mukriz apa dia buat khas utk kedah maju 2020 biar rakyat kedah miskin janji aku n kroni dpt projek..tanggunglah bebanan hutang kedah..ternyata rakyat kedah sudah ditipu pru 13 janjidicapati..

Unknown berkata...

Rakyat kedah yg sokong bn jgn marah pd dt mukriz apa dia buat khas utk kedah maju 2020 biar rakyat kedah miskin janji aku n kroni dpt projek..tanggunglah bebanan hutang kedah..ternyata rakyat kedah sudah ditipu pru 13 janjidicapati..

Tanpa Nama berkata...

Mana universiti bertaraf antarabangsa yg dijanjikan utk Alor Setar....mana masterplan Alor Setar metropolitan spt yg dijanjikan dlm manifesto PRU 13?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...