24 Jun 2014

ANTARA LEMBU ATAS BUMBUNG DENGAN LEMBU DALAM KONDO MANA LEBIH KELAKAR




INI KISAH .....LEMBU dari Bern, Switzerland ini mungkin sudah puas hidup di atas tanah dan ingin mencuba sesuatu yang baharu.
Ia dikatakan naik ke atas bumbung dan terperangkap kerana tidak boleh turun.
Pada awalnya, haiwan itu dipercayai sedang meragut rumput terletak di belakang rumah tersebut.

Selepas beberapa ketika, ia mula berpindah ke kawasan lain lalu memanjat rumah itu.

Pemiliknya, Dieter Mueller berkata, lembu berkenaan adalah salah seekor lembu peliharaannya yang sering mendatangkan masalah.

"Ia selalu buat hal dan buat saya marah," katanya kepada Mirror Daily.

Sementara itu, jiran Rolf Steiner berkata, dia seperti tidak percaya apabila melihat seekor lembu di atas bumbung dan menyifatkan kejadian itu sebagai luar biasa.

DIBAWAH KISAH TERBARU LEMBU DALAM KONDO YANG POPULAR DI MALAYSIA...............


Mohon dakwaan seleweng dana NFC digugur, suami Shahrizat ketakutan

KUALA LUMPUR 24 JUN: Permohonan Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail supaya pertuduhan ke atasnya digugurkan memberi gambaran Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFC) itu kini dalam ketakutan untuk berhadapan dakwaan penyelewengan RM250 juta dana NFC.


Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Mohamad Salleh tidak perlu takut jika beliau benar-benar tidak menyalahgunakan dana awam itu yang disalur kerajaan kepada NFCorp.

“Beliau perlu berhadapan dengan tuduhan dalam kes penyelewengan dana bagi projek ternakan lembu itu.

“Jika tidak bersalah, dia tidak seharusnya takut dan minta tuduhan terhadapnya digugurkan,” kata Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan kepadaKeadilan Daily.

Peguam Mohamad Salleh, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dipetik berkata, pihak pembelaan akan mengutus surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk memohon agar pendakwaan terhadap suami kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil itu digugurkan.

Beliau juga dilapor memohon agar perbicaraan terhadap dua tuduhan pecah amanah dan dua tuduhan mengikut Akta Syarikat 1965 itu ditangguhkan sehingga Mahkamah Tinggi mendengar permohonan untuk menggugurkan tuduhan tersebut.

Bagaimanapun permohonan itu ditolak oleh Hakim Norsyaridah Awang yang memutuskan bahawa perbicaraan akan diteruskan mengikut jadual.

“Mohamad Salleh sekarang akan menggunakan apa sahaja cara untuk mengelak daripada tuduhan berkenaan.

“Beliau perlu berhadapan dengan pertuduhan tersebut dan jelaskan ke mana aliran wang itu telah digunakan,” kata Rafizi, menyambut baik keputusan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang menolak penangguhan kes tersebut.

Ujar beliau, pengelakan suami bekas Menteri Wanita itu dari terus didakwa menggambarkan sememangnya wujud penyelewengan dalam kes NFC. ~SK

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...