18 Mei 2014

RUPANYA PENGURUS NIGERIA KE PIALA DUNIA PERNAH BERMAIN DI PERLIS PASUKAN TERCOROT DI MALAYSIA


Stephen Keshi juga pernah beraksi untuk pasukan Perlis F.A sekitar tahun 1998.

Stephen Keshi menguruskan pasukan berdasarkan pengalaman dan semangat cintakan tanah air.



Barisan kesebelasan utama Super Eagles yang bakal bertandang ke Brazil untuk Piala Dunia 2014.

PIALA Dunia 2014 membuka lembaran atau peluang cukup besar bagi benua Afrika kerana diwakili pasukan seperti Cameroon, Ivory Coast ,Ghana dan Nigeria.

Perkiraan tentang lambakan pemain-pemain ini di persada liga-liga dunia jelas menggambarkan keutuhan jentera pasukan-pasukan benua Afrika ini.

Nigeria merupakan salah sebuah negara dari benua ini yang layak bertandang ke Brazil pada bulan Jun ini. Diundi dalam kumpulan F bersama Argentina, Bosnia dan Iran, peluang untuk ke peringkat kalah mati mungkin perkara mudah buat mereka.

Menduduki tangga ke-44 dalam ranking FIFA, menjuarai Piala Negara Afrika 2013 dan memiliki sekelompok pemain bertaraf dunia jelas menggambarkan pasukan ini bukan mudah untuk diduga kemampuan mereka.

Biarpun di tangga yang agak kebelakang berbanding pasukan lain tetapi prestasi semasa yang cemerlang jelas menebus keraguan terhadap mereka.

Gelaran Sang Helang Hijau dan Super Eagles menitipkan corak agresif pemain-pemain dalam pasukan ini ketika beraksi. Sebagai contoh penghulu pertahanan mereka Joseph Yobo pemain pertahanan tengah yang mempunyai struktur tubuh tinggi dan sasa, cukup agresif dalam body contact juga perebutan bola di udara dek kerana kematangan permainannya beliau dijadikan penghadang tengah utama untuk kelab liga Perdana Barclays, Norwich City.

Selain Joseph Yobo terdapat juga beberapa pemain berprofil tinggi yang mewakili Super Eagles antaranya Vincent Enyeama (Lille/GK), Peter Odemwingie (Stoke City/CF), Elderson (AS Monaco/CB), Kenneth Emeruo(Middlesbrough/RB&LB), John Obi Mikel (Chelsea/DMF), Vitor Moses (Liverpool loan/RWM&LWM), Shola Ameobi (Newcastle United/ CF) dan ramai lagi.


Yobo (2) dan Odemwingie (11) jentera serangan dan pertahanan penting Nigeria.

Kedudukan tertinggi yang pernah diduduki oleh Nigeria dalam ranking FIFA adalah tempat ke-4 manakala kedudukan terburuk adalah di tempat ke-82.

Mungkin peningkatan permainan pasukan ini dipengaruhi asas pembangunan bola sepak mereka yang semakin di pertingkatkan. Lambakan pemain-pemain yang merantau sepelosok dunia untuk menyerlahkan bakat disamping kualiti NPFL (Nigerian Premier Football League) yang tinggi dengan saingan yang cukup rancak saban tahun.

Sandaran seratus peratus terhadap pemain bukan jaminan kejayaan kerana segalanya akan dirancang oleh pengendali terpenting dalam sesebuah pasukan bola sepak iaitu pengurus pasukan.

Stephen Keshi merupakan bekas pemain pertahanan pasukan Super Eagles of Nigeria ini yang sekarang meneruskan karier sebagai pengurus utama pasukan.

Mungkin diselitkan pengalaman beliau bermain di kelab-kelab serata dunia dan semangat patriotik untuk membangunkan pasukan bola sepak negaranya sendiri mendatangkan hasil dengan banyakkejayaan yang dikecapi sepanjang kariernya.

Perlantikan beliau sebagai pengurus jelas memberikan contoh terbaik terhadap negara lain meskipun negara kita Malaysia sendiri yang berlumba mengambil jurulatih luar dengan bayaran yang tinggi tetapi tiada pulangan yang memuaskan.

Kita mungkin perlu seberani Arab Saudi yang memecat bekas jurulatih Barcelona, Frank Riijkard kerana gagal mengangkat prestasi pasukan bola sepak negara itu.

Stephen Keshi juga pernah beraksi untuk pasukan Perlis F.A sekitar tahun 1998.

Stephen Keshi menguruskan pasukan berdasarkan pengalaman dan semangat cintakan tanah air.

Kesimpulan terhadap pasukan bejersi hijau dan putih ini kekuatan mereka ditakrifkan atas kekuatan fizikal barisan pemain mereka dan kebolehan luar jangkaan mereka.

Super Eagles of Nigeria ini menyasarkan tempat kedua dalam kumpulan berdasarkan kenyataan pemain penyerang sandaran mereka Peter Osaze Odemwingier ketika mengulas kemampuan mereka bersaing bersama Iran, Bosnia dan Argentina.

Semoga pasukan Nigeria menyajikan permainan bertenaga juga diharapkan agar Sang Helang Hijau tetap gagah melebarkan sayap untuk terbang membelah angkasa

1 ulasan:

Master Jaguh berkata...

‘Perfect Men’ - This is What Women Really Like !!
Kenikmatannya Terasa Hingga ke Subuh !! >>> CLICK HERE !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...