23 Mei 2014

PANAS! CALON BEBAS PRK BKT. GELUGOR DITIMPA MALANG LAGI!!!




Selepas tiga hari menerima rawatan di Hospital Low Guan Lye di Pulau Pinang, calon bebas Abu Backer Sidek hari ini akan memulakan kempen Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor menggunakan van Karavan.

Abu Backer yang dirawat di hospital selepas mendakwa mengalami kecederaan akibat terjatuh di hadapan kereta Ketua Menteri, Lim Guan Eng Selasa lalu dibenarkan pulang petang semalam.

Van karavan yang penuh dihiasi poster kempennya diletakkan di hadapan sebuah hotel berhampiran Komtar di Jalan Magazine di sini.

Namun belum sempat berkempen pagi ini, calon terus ditimpa malang apabila van karavan tersebut mengalami kerosakan dan terpaksa ditunda oleh trak penunda kenderaan dipercayai ke bengkel kereta untuk diperbaiki.

Pautan kekal imej terbenam



TAK JADI SAMAN ........Calon bebas Abu Backer maafkan Guan Eng

Calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan memaafkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng atas kecederaan dirinya.

Katanya, beliau masih menghormati Guan Eng sebagai ketua menterinya dan mahu bekerjasama dengannya bagi menyelesaikan masalah rakyat di Pulau Pinang.

Justeru, katanya, beliau tidak jadi menyaman Guan Eng dan mahu berjumpa dengannya walau hanya untuk dua minit.

"Ketika itu saya marah. Tetapi selepas berfikir balik, saya ingat Nabi Muhammad itu pemaaf. Jadi saya maafkan beliau dan menghormati beliau sebagai ketua menteri saya," katanya kepada Malaysiakini semalam.

Selasa lalu, Backer yang menunggu di hadapan DUN sejak jam 12.30 tengah hari bertindak nekad menahan Lim yang mahu beredar dengan kereta kira-kira jam 2 petang.

Selepas 10 minit Backer yang dihalang oleh sekumpulan pengawal keselamatan DUN kemudiannya 'melanggar' kereta Mercedes Lim dan terus terbaring di atas jalan raya.

Hal ini menyebabkan kesesakan di Lebuh Light, di hadapan DUN.

Lim, pemandu dan pembantu peribadi beliau terus beredar tanpa turun dari kereta itu.

Menceritakan kembali pengalaman beliau, Backer menafikan beliau sengaja mahu menendang dan melanggar kereta Mercedez Benz setiausaha agung DAP itu.

"Saya ingat nak lompat dan panjat kereta itu tapi tersalah langkah sebab kereta itu mengundur.

"Yang kata saya langgar tu, sebenarnya saya terpelecok dan jatuh ke arah kereta. Kebetulan kereta itu sedang bergerak sikit ke hadapan jadi saya jatuh. Kena rusuk saya dan saya terbaring di jalan," kata beliau.

Backer berkata dalam keadaan kurang sedar selepas itu kerana masalah kekejangan otot dan kesakitan di pinggang dan rusuk ketika dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

Beliau mendakwa hospital itu mahu membedahnya kerana mendapati tulang rusuknya patah dan mempunyai keretakan pada pinggulnya.

"Doktor di situ kata kalau tak bedah tulang yang patah itu boleh menjangkiti paru-paru. Jadi saya mahu dipindahkan ke hospital swasta untuk mendapatkan pendapat kedua," jelas beliau lagi.

Backer ditukarkan ke Hospital Loh Guan Lye pada pagi Rabu lalu dan menjalani semula ujian MRI dan CT Scan.

Beliau berkata doktor di situ mendapati tulang beliau tidak patah sebaliknya hanya bengkak dan lebam.

Peguam itu turut bertegas bahawa beliau tidak berlakon untuk mendapat publisiti, namun melakukan perkara itu hanya untuk bertemu dengan pemimpin tertinggi negeri itu.

"Buat apa saya nak berlakon. Takkan saya nak terus bagi orang hina saya sahaja.

"Saya nak jumpa Guan Eng. Apa salahnya dia berjumpa saya? Saya seorang saja. Takkan tak berani nak jumpa?" tambahnya.

6 ulasan:

Awanama berkata...

aku kalau jumpa backer ini & anakonda aku katok madey & backer dulu depa ponya auta bulan bolih gerhana

Awanama berkata...

Awas, depa ni berdarah bendahara tun perak

Awanama berkata...

Bloody Fool, betul2 buang masa saja , Konfirm kaki belit putar alam

Awanama berkata...

Komen-komen macam kat atas ni pon ada? MasyaAllah! Hanya Allah yang tahu niat kita, orang lain tak boleh buat andaian sembarangan. Siapalah kita dibandingkan denganNya.

Unknown berkata...

Cara saudara abu backer itu kurang cerdik utk mendptkan keperihatian rakyat bahawa beliau adalah pejuang keadilan pd rakyat di sana..tetapi cara itu kurang cerdik dgn tindakan yg memudaratkan diri beliau..apa yg saya lihat perbuatan yg tidak jujur dan ikhlas kesannya pun kurang..org di sana lebih mengenali lebih dr saya..tentang beliau sbb saya belum dgr nama beliau sebelum ini bila mediang tiada br lah keluar nama beliau itu yg byk keraguaannya harap maafkan saya sekiranya kata-kata saya ini melukalan hati dan perasaan org lain..

Unknown berkata...

Cara saudara abu backer itu kurang cerdik utk mendptkan keperihatian rakyat bahawa beliau adalah pejuang keadilan pd rakyat di sana..tetapi cara itu kurang cerdik dgn tindakan yg memudaratkan diri beliau..apa yg saya lihat perbuatan yg tidak jujur dan ikhlas kesannya pun kurang..org di sana lebih mengenali lebih dr saya..tentang beliau sbb saya belum dgr nama beliau sebelum ini bila mediang tiada br lah keluar nama beliau itu yg byk keraguaannya harap maafkan saya sekiranya kata-kata saya ini melukalan hati dan perasaan org lain..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...