18 April 2014

KES FITNAH LAHAD DATU UTUSAN TERHADAP DSAI - HAKIM TOLAK PERMOHONAN UTUSAN HAKIM TARIK DIRI !!!


Pesuruhjaya kehakiman tolak permohonan utusan supaya tarik diri




Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim saman Utusan Malaysia kerana menyiarkan artikel fitnah terhadapnya berhubung pencerobohan di Lahad Datu. 

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Rosilah Yop hari ini menolak permohonan Utusan Melayu (M) Bhd supaya beliau menarik diri daripada mendengar kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Dalam penghakiman, Rosilah berkata saman itu tidak mempunyai kaitan dengan kes saman Anwar terhadap penulis blog 'Papagomo' yang diputuskannya sebelum ini dan ia akan melibatkan saksi serta fakta berbeza.


Katanya, isu berat sebelah juga tidak akan timbul dalam kes saman itu kerana keputusan yang dibuat adalah berdasarkan perbicaraan penuh dan hujah kedua-dua pihak.

Selain syarikat itu, turut membuat permohonan sama ialah Ketua Pengarang Kumpulan akhbar berkenaan, Datuk Abdul Aziz Ishak.

Rosilah menolak permohonan itu dengan kos RM5,000 dan membenarkan permohonan Utusan dan Abdul Aziz untuk menangguhkan kes tersebut sehingga Isnin ini untuk membolehkan peguam mereka memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pada 14 April lalu, Utusan dan Abdul Aziz memfailkan permohonan itu kerana mendakwa akan timbul isu berat sebelah.

Menurut mereka, ini kerana dalam penghakiman Rosilah pada 19 Februari lalu, Rosilah berpendapat Anwar merupakan pemimpin dan ahli politik yang terkenal di dalam negara mahupun peringkat antarabangsa, berperwatakan dan reputasi baik, namun difitnah oleh defendan, Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Dalam kes saman Anwar, 67, terhadap Wan Muhamad Azri, 31, Rosilah memutuskan defendan adalah pemilik blog www.papagomo.com dan memerintahkannya membayar ganti rugi RM800,000 kepada penasihat PKR itu.

Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin mewakili Utusan dan Abdul Aziz manakala Datuk S Ambiga bertindak bagi pihak Anwar.

Anwar memfailkan saman itu pada 8 Mac tahun lalu dan turut dinamakan sebagai defendan ialah TV3; Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen dan Radio, Media Prima Bhd Datuk Shaharudin Abd Latif; dan Pengarang Berita Buletin Utama, Ing Boon Seng sebagai defendan ketiga hingga kelima.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar mendakwa Utusan Malaysia bertarikh 2 Mac 2013 menyiarkan artikel di muka hadapannya bertajuk 'Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?' dan di muka surat 9 pula bertajuk 'Tiga kumpulan jadi dalang'.

Ketua pembangkang itu menyatakan, defendan ketiga hingga kelima, antara pukul 8 dan 9 malam, hari yang sama dalam Buletin Utama, TV3 turut menyiarkan berita mengenai pencerobohan di Lahad Datu berdasarkan laporan berita yang dikeluarkan oleh defendan pertama dan kedua. – Bernama,

1 ulasan:

Unknown berkata...


as wr wb,,,,,,!!!!!!
dl saya selalu kalah dalam bermainan TOTO SGP/HK,
barang berharga di rumah sdh saya jual semuanya, surat2/sertipikat rumah saya
masukkan di BANK BRI,
bahkan saya sdh minta bantuan para normal pt, hasilnya nihil suatu hari saya bertemu
teman yg sama seperti saya PECINTA TOGEL jg & menberitahu saya kalau MBAH DEWA
bisa menbantu saya untuk melunasi hutang2 saya dalam bermain TOTO SGP/HK,
dan saya hub MBAH DEWA no 082-315-999-679 saya diberikan petunjuk
oleh MBAH DEWA menjadi member beliu
dan di kirim ANGKA RITUAL/GOIB SUPER JITU 4D terbukti tembus/jebol 100%
saya sangat berterimah kasih atas bantuanya MBAH DEWA yg tlah membebaskan
saya dr hutang-piutang saya, dan tak lupa jg saya mengujapkan puji syukur
kepada yg MAHA KUASA atas rezki yg di berikan kepada saya terimma kasih TUHAN,,
inilah kisah nyata hidup saya apakah anda ingin mengubah
nasib anda seperti saya,,,???
hub MBAH DEWA 082-315-999-679 insyah allah anda tdk akan kecewa,
ini bukan hanya sebuah cerita
tp, bukti & faktalah yg berbica,,,,,terima kasih,,,,,,,roomnya
ANDAH KURANG YAKING KLIK AJA DISINI!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...