04 Mac 2014

TERKINI! POLIS MAUT DISERANG WARGA ASING ...INILAH AKIBAT LAMBAKAN WARGA ASING....

Pautan kekal imej terbenam

2 SUSPEK YANG MATI DITEMBAK POLISI



4 suspek bunuh polis ditahan
Berita dikemaskini 2.00 pm

Gombak: Empat suspek warga asing ditahan berhubung kejadian serangan ke atas dua anggota polis di kawasan perumahan Taman Sentosa, Klang awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, empat suspek terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki itu ditahan selepas kejadian yang mengakibatkan seorang anggota polis mati manakala rakannya cedera parah selepas ditetak dan ditikam menggunakan parang dan pisau rambo.

Kejadian pukul 5 pagi itu berlaku selepas dua anggota polis berkenaan menahan tiga wanita warga asing dalam keadaan mencurigakan sebelum tiga lagi rakan suspek secara tiba-tiba menyerang dua anggota polis berkenaan, kata Mohd Shukri.

Anggota polis yang berusia 53 tahun mati sebaik tiba di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang manakala rakannya yang berusia 47 tahun kini dirawat di unit kecemasan selepas mengalami kecederaan di bahagian muka.


KETUA Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (kiri) melawat Lans Koperal Mohd Aidil Mustafa, 29, yang cedera parah di Hospital Tunku Ampuan Rahimah ~ Mymetro

Polis maut diserang warga asing

Klang: Seorang anggota polis terbunuh manakala seorang lagi parah selepas diserang lima lelaki warga asing awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 pagi selepas dua anggota kereta peronda (MPV) terserempak kumpulan lelaki berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

Bagaimanapun, selepas cuba menjalankan pemeriksaan kumpulan lelaki berkenaan tiba-tiba melawan menyebabkan berlaku pergelutan sebelum merampas senjata api milik seorang anggota polis.

Selepas merampas penjejayah cuba melepaskan tembakan namun gagal sebelum senjata berkenaan berjaya dirampas semula.



Pada masa sama, seorang lagi anggota polis sempat melepaskan tembakan yang menyebabkan dua penjenayah terbunuh sebelum sepasukan anggota polis yang tiba untuk membantu mendapati seorang anggota peronda parah sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.



BERITA DAR MYFORUM: 

2 Anggota MPV Diserang oleh 5 lelaki dipercayai Indonesia, kejadian berlaku di Lorong Yusuf Shahbuddin 44D, Taman Sentosa Klang Selangor lebih kurang jam 4 pagi tadi.

Dalam kejadian ini, 2 suspek telah ditembak mati dan seorang anggota polis maut. Anggota yang meninggal dunia d kenali sebagai Kpl. Raja Aizam bin Raja Mohd, 53 tahun manakala Kpl Mohd Aidil bin Mustafa, 29, cedera d muka dan kepala.

Menurut sumber, semasa kejadian, 2 anggota polis tersebut melakukan rondaan terserempak dengan 4-5 lelaki disyaki Indonesia.

Anggota telah buat pemeriksaan dan berlaku pergelutan. Dalam pergelutan tersebut, pistol milik Kpl Raja Aizam telah dirampas dan suspek telah cuba menembak Kpl Aidil tetapi tidak meletup. Kpl Aidil berjaya merampas senjata milik Kpl Raja Aizam dan telah berjaya menembak suspek.

Kpl Mohd Aidil masih dI rawat. Kes disiasat dibawah Sek 302 KK

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...