06 Mac 2014

PULAKDAH SELANGOR SEDIA BAS PERCUMA!!!


MBPJ : 10 bas percuma mulai April

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan meneruskan perkhidmatan bas percuma kepada penduduk di wilayah itu mulai April depan.


Datuk Bandar Datin Paduka Alinah Ahmad berkata program tanggungjawab sosial itu adalah jalinan kerjasama MBPJ bersama syarikat pengendali pengangkutan awam, Rapid KL.

“Penyediaan bas percuma ini adalah satu lagi inisiatif MBPJ mengatasi masalah kesesakan jalan raya di Petaling Jaya.

“Sebanyak 10 buah bas akan disediakan untuk kemudahan penduduk ke destinasi seperti sekolah, jabatan kerajaan, pasar, stesen LRT dan hospital,” jelasnya kepada Selangor Kini.

Alinah berkata, perkhidmatan terbabit membabitkan Jalan Yong Shook Lin, Jalan Sultan, Jalan Templer, Jalan Penchala, Jalan Semangat, Jalan Gasing, Jalan Othman serta sekitar Pusat Bandar Seksyen 52.

“Justeru, MBPJ berharap semua penduduk Petaling Jaya dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan ini.

“Inisiatif ini juga sebagai langkah untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam khususnya di kawasan Pusat Bandar,” katanya.


Pelaksanaan perkhidmatan bas percuma itu sejajar dengan fokus MBPJ membangun sektor infrastruktur pengangkutan awam dan pengurusan lalu lintas yang efisyen serta berintegrasi bagi memastikan kemudahan juga keselesaan penduduk sekitar.

Selain itu, MBPJ sudah menyediakan jaringan laluan basikal dengan jarak lima kilometer (km) meliputi seluruh kawasan majlis yang dibina sebagai tambahan daripada 5.6 km sedia ada.

Empat buah kemudahan ‘park and ride’ yang menawarkan 1,911 petak letak kereta di stesyen Transit Aliran Ringan (LRT) sedia ada juga akan dibina.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...