03 Mac 2014

TERKINI ! NGO MULA PERTIKAI JAMBATAN KEDUA P.PINANG ....APA PUNCANYA?

JAWAB TIGA KOMEN HAPUS MENGENAI JAMBATAN KEDUA P.PINANG

SAYA pagi ini merentasi Jambatan Kedua Pulau Pinang atau Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dari Batu Kawan ke Bayan Lepas.

Saya ada tiga komen di sini:-

1. Dua lorong kereta sahaja sekaligus tidak memenuhi spesifikasi lebih raya, iaitu sekurang-kurangnya tiga lorong; walaupun menggunakan dalih ada satu lagi lorong khas untuk penunggang motosikal.

2. Pembinaan jambatan kedua ini bertentangan dengan logik menaiktaraf Jambatan Pertama Pulau Pinang, iaitu pelebaran dari dua lorong pada tiga lorong seperti di rentasan utama jambatan itu demi menampung kesesakan trafik pada waktu puncak.

3. Langsung tiada tempat berhenti untuk tujuan kecemasan pada jambatan baru ini sebagaimana pada Jambatan Pertama Pulau Pinang, selepas dilihat tidak mesra pengguna.

Mewakili Badan Bertindak Hapuskan Tol Jambatan Pertama Pulau Pinang (HAPUS), sekali lagi saya menegaskan pendirian kami membantah Putrajaya melanjutkan tempoh kutipan tol 30 tahun lagi kerana perjanjian konsesi yang dimuktamadkan hampir dua dekad lepas menyebut kutipan tol tamat pada tahun 2018.

Diharap, Jambatan Kedua Pulau Pinang Berhad (JK2PP) walaupun proksi kepada syarikat China selaku syarikat konsesi memberi respons pada tiga komen yang dibangkitkan ini.

ZAINULFAQAR YAACOB
Jurucakap HAPUS

zainulfaqary@gmail.com/faqar.blogspot.com
+60194241583

LAPORAN BERITA DIBAWAH ....MENJADI BUKTI....

 Kemalangan Di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah : Tidak Sampai 24 Jam Dirasmikan.


NIBONG TEBAL - Tidak sampai 24 jam dirasmikan, satu kemalangan kecil dilaporkan berlaku di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafein Mamat berkata, kemalangan kecil melibatkan sebuah kereta itu berlaku dari arah Batu Kawan menuju ke pulau.


“Kemalangan berkenaan berlaku selepas plaza tol jambatan berkenaan pada jam 5.30 petang semalam menyebabkan lalu lintas menjadi sesak sehingga 10 kilometer.

“Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa, kemalangan terbabit melibatkan beberapa kereta,” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...