03 Mac 2014

PANAS! ULTRAS MALAYA SENGAJA MAHU MALUKAN FAM !!!!

Kami mahu aibkan FAM: Ultras Malaya


Penyokong Ultras Malaya membakar suar ketika aksi persahabatan antara Harimau Malaya menentang Filipina. malam kelmarin.

Kuala Lumpur: "Kami memang sengaja buat," demikian reaksi wakil Ultras Malaya mengenai kejadian bakar suar dan balingan bom asap ketika aksi persahabatan antarabangsa antara Malaysia dan Filipina di Stadium Selayang, malam kelmarin.

Wakil kumpulan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Lekir berkata, tindakan itu sebagai bukti suara penyokong bola sepak tempatan yang mula muak terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang didakwa sudah gagal.

“Memang tindakan itu dibuat dengan sengaja dan mahu malukan FAM. Ultras Malaya sebagai landasan kepada suara peminat di negara ini, malah pada perlawanan semalam (kelmarin) seluruh stadium turut bersama kami.


“Jika tempoh lapan minit yang Ultras Malaya lakukan semalam (kelmarin) di anggap memalukan negara, bagaimana pula dengan tempoh 30 tahun yang dilakukan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) terhadap bola sepak negara?


Itu reaksi salah seorang penggerak Ultras Malaya yang mempertahankan tindakan mereka mencetuskan kekecohan dengan membakar suar dan membaling bom asap ke dalam padang sehingga menyebabkan perlawanan persahabatan antarabangsa antara skuad kebangsaan dengan Filipina sehingga terpaksa dihentikan selama lapan minit di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kelmarin.

Insiden itu berlaku pada minit ke-30 selepas Ultras Malaya hanya berdiam diri sebaik permainan bermula sebagai tanda protes kepada kepimpinan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah selama 30 tahun.

Ramai menganggap apa yang dilakukan oleh sekumpulan penyokong tegar skuad negara itu adalah keterlaluan walaupun tiada kecederaan dilaporkan namun bagi Ultras Malaya, tindakan itu adalah mesej jelas kepada FAM bahawa mereka akan terus menuntut perubahan dalam badan induk bola sepak itu.

“Memang apa yang kami lakukan itu untuk memalukan FAM
.



Penyokong Bolasepak Malaysia "Teruk" Dihentam FAM  - gambarPersatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

 Oleh Page FB FAM... Lepas Nie Jangan Sampai Penyokong Bolasepak Malaysia "Teragak2" Untuk Datang Stadium!!!


Lagi sekali mencerminkan sikap penyokong-penyokong Malaysia yang kurang ajar.Tidak menghairankan komen-komen peminat-peminat bolasepak Malaysia khususnya rakyat Malaysia sendiri memang sudah dilihat budaya kurang ajar,biadab dan bermulut tidak mengambarkan seorang berpendidikan.
Tidak menghairaikan taraf peminat bolasepak Malaysia 75% bersikap agresif,biadab,kurang ajar dan terlalu suka mencetus provokasi.Kini ⅝ penonton-penonton Malaysia yang berada di stadium rata-ratanya perlu dididik nilai-nilai kesopanan,budibahasa dan tatasusila.

Perlu disekolahkan oleh kerajaan Malaysia supaya rakyat Malaysia kembali menjadi bangsa yang mempunyai adab.Kini tidak hairanlah mengapa warga Indonesia dan Singapura hanya senyum sahaja melihat tingkahlaku kurang matang dan tidak berpendidikan penyokong-penyokong Malaysia.

Ini adalah rekod penonton paling agresif di asia tenggara:
Ⅰ) Indonesia 89%
Ⅱ) Malaysia 75%
Ⅲ) Myanmar 60%
Ⅳ) Filipina 50%
Ⅴ) Thailand 30%
Ⅵ) Kemboja 25%
Ⅶ) Laos 15%
Ⅷ) Singapura 5%
Ⅸ) Brunei 1%

Lihat Malaysia di tangga kedua mempunyai penyokong paling biadab di asia tenggara.Dan kajian rakyat Malaysia negara kedua paling kurang ajar didunia selepas Amerika.Ini disahkan oleh sainstis dunia menyatakan orang Malaysia menduduki tangga kedua rakyat paling biadab,kurang ajar dan agresif selepas Amerika.
Bagaimana untuk membina jati diri soal budaya ketimuran yang sudah mula hilang dari jiwa orang Malaysia?
Ini tentang bolasepak wajarkan keganasan begini dipamerkan kepada pelawat dan orang luar?
Dimanakah maruah kita? FAM kena jawab pada FIFA nanti.
Disitu terlihat mentaliti orang Malaysia yang masih primitif.
Hentikan 'Hooligan' dan berubahlah penonton-penonton bolasepak Malaysia.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...