10 Januari 2014

PANAS ! MENJELANG KES SULTANAH JOHOR, PEGUAM-PEGUAM SYARIAH DIJOHOR DIBEKUKAN TUGAS

Menjelang kes Sultanah Johor, peguam Syariah tidak boleh bertugas

Surat arahan yang meminta peguam Syariah mengemukakan sijil amalan guaman kepada Presiden Persatuan Peguam Syariah, Johor.Bekas Sultanah Johor mungkin perlu mewakili dirinya sendiri apabila datang ke Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru 20 Januari ini untuk mengenepikan perintah bahawa suaminya Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail sudah menceraikannya.

Sebabnya: Jabatan Kehakiman Syariah Johor mengumumkan bahawa tidak ada peguam Syariah boleh muncul di mahkamah mulai 20 Januari 2014 ini dan seterusnya sehingga mereka mengemukakan sijil amalan mereka sedangkan, sijil guaman mereka hanya sah tempoh sehingga 19 Januari ini.

Pengumuman ini, yang belum pernah berlaku, datang melalui surat bertarikh 5 Januari yang ditujukan kepada Presiden Persatuan Peguam Syariah, Johor.

Surat itu dilihat oleh The Malaysian Insider telah ditandatangani oleh Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Johor, Lokman Hakim Tuan Kamaludin.

Kes bekas Sultanah, Tuanku Zanariah Tunku Ahmad, yang juga bekas Raja Permaisuri Agong, bermula pada 1 Januari apabila beliau memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah mahkamah bertarikh 30 September 2010.

Perintah itu menyatakan bahawa sultan telah menceraikan Tuanku Zanariah dengan "talak tiga" dan oleh itu pembatalan (sebagai suami isteri) perceraian itu dibuat seminggu kemudian, adalah tidak sah.

Pengumuman oleh Jabatan Kehakiman Syariah Johor telah mengejutkan peguam Syariah bukan sahaja di Johor tetapi negeri-negeri lain juga.

Sumber-sumber memberitahu The Malaysian Insider keputusan itu bermakna bahawa peguam Syariah tidak dapat menghadiri mahkamah walaupun untuk pengurusan kes.

Menurut sumber, dalam keadaan biasa peguam Syariah akan dibenarkan untuk menjalankan tugas guaman tanpa lesen mereka selagi telah membayar yuran pembaharuan kepada Jabatan Agama Johor pada akhir tahun sebelumnya.

Lesen guaman kemudian akan dikeluarkan biasanya pada bulan Januari atau lebih lewat.

Seorang peguam Syariah yang telah berpengalaman selama 30 tahun, bercakap tanpa mahu namanya disiarkan berkata, ini adalah kali pertama Jabatan Agama Johor mengeluarkan surat menghalang mereka daripada bertindak sebagai peguam tanpa sijil rasmi.

"Ini akan melumpuhkan operasi Mahkamah Syariah di negeri ini," kata beliau.

"Malah peguam Syariah di luar Johor tidak akan dapat bertugas di negeri ini berikutan langkah ini.

"Banyak peguam terkejut kerana ia boleh menjejaskan mata pencarian mereka dan kakitangan mereka jika peguam tidak menghadiri mahkamah selama-lamanya. Mengapa orang lain harus menderita kerana ketidakcekapan jabatan," tanya sumber itu.

Kecuali Wilayah Persekutuan, Islam dan Mahkamah Syariah berada di bawah kuasa Sultan atau raja-raja Melayu yang merupakan ketua agama.

Kebanyakan Mahkamah Syariah menguruskan isu perceraian, hak penjagaan anak, nafkah, tuntutan harta dan hak.

Dalam afidavit bagi menyokong permohonan itu, Tuanku Zanariah mendakwa pentadbiran negeri terutama pihak berkuasa agama, telah digunakan dalam usaha untuk memfitnah beliau dan Almarhum Sultan Iskandar.

Tuanku Zanariah berkata, bekas Sultan itu tidak membuat apa-apa permohonan untuk mengesahkan perceraian yang dikatakan itu sambil menambah bahawa beliau dan bekas sultan hidup bersama sebagai suami dan isteri yang sah dalam aman dan harmoni sehingga Sultan Iskandar meninggal dunia pada 22 Januari 2010.

Sultan Iskandar dinamakan sebagai plaintif dalam kes manakala Tuanku Zanariah ialah defendan, yang bermaksud bekas sultan itu telah memulakan tindakan undang-undang terhadap isterinya.

Bagaimanapun Tuanku Zanariah berkata, beliau tidak dimaklumkan dan tidak melihat mana-mana kertas prosiding mahkamah serta hanya mendengar mengenai "perceraian" yang didakwa berlaku pada tahun 2009, melalui surat yang dihantar oleh Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Syamsuddin 30 September 2013 lepas.

Selepas itu, Tuanku Zanariah diberitahu bahawa beliau telah dilucutkan gelaran "Yang Maha Mulia Sultanah" oleh Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman pada 9 Disember 2010.

Tuanku Zanariah mendakwa beliau hanya tahu perkembangan ini, tiga tahun kemudian, melalui surat mufti.

Tuanku Zanariah diwakili oleh Afshah Arifin. ~ TMI

1 ulasan:

Peguam Pencen berkata...

Berlaku zalimlah semahunya selagi didunia....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...