05 November 2013

TAHNIAH SG.LIMAU ANDA TOLAK BARANG NAIK, BN HANYA TAMBAH 465 UNDI

Pautan kekal imej terbenam

Ucapan sulung adun baru Sg. Limau

Kekecewaan Mukriz selepas kekalahan BN


Tahniah PAS!! Walaupun dikatakan majoriti turun dgn drastiknya..tetapi undi yang memihak calon BN kali ni cuma bertambah 465 undi berbanding calon BN PRU13..(undi BN PRU13 = 10,520; undi BN PRK = 10,985) ..

Cuba lihat betul-betul alasan PPK  Mahfuz..kata ramai pengundi luar tidak boleh balik apabila spr menentukan hari mengundi jatuh hari berkerja, ini menyebabkan undi majoriti Pas menurun....alasan ini boleh diambil kira. Apa yang penting rakyat tidak boleh dibeli.


Kenaikan harga minyak punca utama harga barangan lain naik yang menyebabkan rakyat masih panas kepada kerajaan. Juga kenaikan harga gula pada bajet 2014 dan cukai GST. Ini menjadi punca kegagalan BN untuk merampas Sg. Limau walaupun Pas menentang BN dengan jentera kerajaan negeri dan pusat.




Mukhriz: Pengundi luar berdaftar di Bkt Besar menangkan PAS

Jumlah penghuni pondok agama yang merupakan orang luar tetapi didaftarkan sebagai pengundi Sungai Limau menyumbang kepada kekalahan BN dalam pilihan raya kecil Sungai Limau, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

"Bagi pihak kami antara persoalan timbul ialah bagaimana satu daerah mengundi seperti Bukit Besar boleh mempunyai jumlah pengundi yg begitu ramai di satu tempat.

"Kita tahu banyak pondok-pondok di situ tetapi takkanlah sampai ratusan penghuninya.

"Sejak dahulu lagi tempat yang sama beri kemenangan kepada PAS," katanya.

Menurut Mukhriz, pihaknya menerima keputusan pilihan raya ini namun persoalan timbul sama ada amalan sedemikian selaras dengan semangat demokrasi untuk penduduk setempat.

"Bukan tempat kami untuk mempertikaikam kenapa tempat seperti itu mempunyai jumlah pengundi begitu ramai.

"Tindakan mereka mendaftar orang luar sebagai pengundi di situ, adakah ia boleh diterima sebagai satu amalan demokratik.

"Saya tak bermaksud mempertikaikan keputusan pilihan raya kecil ini tetapi persoalan begitu tetapi timbul," kata Mukhriz dalam reaksi segeranya terhadap keputusan pilihan raya N20 Sungai Limau.

Bukit Besar merupakan daerah mengundi yang dimenangi PAS dengan majoriti terbesar iaitu sebanyak 1,103 undi.
PAS memenangi sembilan daripada 19 daerah mengundi dalam Sungai Limau untuk menang dengan majoriti 1,084 undi

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...