08 November 2013

BN ATAU BARANG NAIK, TARIF LETRIK BAKAL NAIK


BERITA YANG MEMBAWA KEGEMBIRAAN DAN KECERIAAN KEPADA PENGUNDI UMNO/BN PRU 13 LALU ... TARIF ELEKTRIK BAKAL NAIK TAHUN DEPAN!!!!


Berita ini sudah pasti yang di tunggu-tunggu oleh semua para pengundi UMNO/BN pada PRU 13 lalu.

Akhirnya yang ditunggu-tunggu dan di nanti-nantikan sudah datang dan menjadi kenyataan jua.

Mengikut laporan ... Tarif elektrik bakal dinaikkan tahun depan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan restu dan kebenaran dari Kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak.

Omak Kau pasti agak para penyokong UMNO/BN pasti gembira .. terbayang akan wajah senyuman lebar sampai ke telinga setiap penyokong, pendokong dan ahli UMNO yang memberikan undi kepada UMNO/BN pada PRU 13 lalu.

Inilah masanya para pengundi UMNO menerima balasan hasil kerja penat berpeluh-peluh nak memenangkan UMNO/BN tempoh hari.

Masa UMNO/BN membalas budi. ... Jutaan Terima Kasih di ucapkan kepada kesemua pengundi UMNO/BN .. Kerana kamulah rakyat menerima hadiah lumayan ini dari UMNO/BN.

Kalau Pakatan Rakyat menang tempoh hari janji dan manifesto PR ialah mengurangkan tarif elektrik. .. Tapi para pengundi UMNO tidak mau itu semua sebab mungkin tidak ada class bayar elektrik murah .. Lagi mahal lagi bergaya dan menunjukkan negara kita maju.

1. Kenaikan akan bermula seawal bulan depan.

2. Pengumuman akan dilakukan samada akhir tahun ini ataupun seawal tahun depan.

3. Proses perbincangan sudah selesai. Kadar yang ditetapkan untuk kenaikan juga sudah dimuktamadkan. Sekarang cuma tunggu masa untuk melaksanakan keputusan yang telah diputuskan.

4. Kenaikan ini perlu bagi stabilkan ekonomi negara.

5. Ini sejajar dengan pelan kerajaan untuk kurangkan subsidi atau yang kerajaan sebut2 sebagai rasionalisasikan subsidi supaya subsidi sampai kepada golongan sasaran. [Yelah tue].

Tahun depan rakyat Malaysia di ingatkan untuk amek tahu beberapa perkara ;

Kenaikan tarif elektrik

Kenaikan pelbagai jenis product dan perkhidmatan disebabkan tangga gaji telah meningkat dan juga disebabkan peningkatan kos modal seperti kenaikan harga petrol dan sebagainya.

Tambang bas ekpress, bas sekolah dan bas henti2 akan dinaikkan. SPAD sedang melakukan rundingan dari cakap2 tersebut dinyatakan bahawa SPAD akan bersetuju dengan permintaan semua penguasaha2 terbabit untuk menaikkan kadar tambang termasuklah tambang teksi.

Jadi bersedialah untuk menghadapi kenaikan demi kenaikan. Apa boleh buat. Dah BN jadi pemerintah, memang la dapat BARANG NAIK.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...