03 November 2013

GEMPAR! 3 AHLI UMNO DITANGKAP KETIKA MENGANTUNG OBJEK KAKI PALSU....?!!!






3 lelaki Melayu ditangkap dan dibelasah orang kampung kerana gantung patung kaki ?


Saya menerima mesej dari rakan info berkenaan penangkapan 3 individu oleh penduduk kampung ketika sedang menggantung replika patung kaki terpotong.


SMS bertulis begini…

“Pada jam 4.30 pagi 3.11.2013 semasa bertugas di Pejabat Pertanyaan IPD Yan, saya telah terima panggilan telefon dari seorang lelaki melayu bernama Sulaiman bin Aziz 37 tahun menyatakan 3 lelaki Melayu dalam keadaan cedera dipercayai telah dicederakan oleh beberapa orang kampung lelaki Melayu dan juga telah memaklumkan mereka ditangkap sedang menggantungkan patung kaki di kampung Batu 16. Ketiga-tiga suspek juga dipercayai ahli UMNO dari ranting Pokok Sena. Ketiga-tiga suspek ditahan utk perlindungan keselamatan. sekian laporan saya. Saya terus jadikan repot pertama kejadian. sekian laporan saya.”

Mungkinkah ini jawapan cerita panas semalam? Setinggi-tinggi tupai melompat. Akhirnya jatuh ke tanah juga!

UMNO buat laporan polis kononnya untuk menutup perbuatan “TEAM SARAF” mereka. Memang ada kecurigaan bagaimana patung kaki boleh digantung di kawasan UMNO dan berhampiran markaz UMNO/BN sedangkan keadaan sekarang orang berjaga sehingga pagi mengawal keadaan.

Bagaimana begitu banyak patung kaki boleh tergantung. takkan satu pun tak terlepas pandang.

sumber: tranungkite.net

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul2 keliru. Blog UMNO buat kenyataan yg tertangkap PAS budak suruhan Mahfuz siap gambar tertuduh (lihat blog putra merdeka- http://politikputramerdeka.blogspot.com/2013/11/prk-sg-limau-budak-suruhan-mampoz-dah.html). Mana 1 betul ni dan sapa yg pembohong. Tlg bagi bukti2 agar kami semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...