05 November 2013

Ketua Cabang PKR Kuala Krau Meninggal Dunia Petang Tadi

Pautan kekal imej terbenam


Al Fatihah : Hj Suhaimi Said meninggal dunia

TEMERLOH: Seorang aktivis politik tempatan Hj Suhaimi Said , ketua cabang PKR Kuala Krau baru sahaja menghembuskan nafas terkahir pada jam 6.30 petang tadi di Hospital Ahmad Shah Temerloh.

Sejarah perjuangannya cukup panjang. Terlibat aktif dalam politik hampir dalam semua parti. Dan apa yang paling bersejarah, beliau adalah seorang peguam pertama yang masuk PAS. Kemuncaaknya ditahan bawah ISA. Dan kehadiran beliau dalam PAS banyak memberi lonjakan khasnya bagi PAS Kawasan Temerloh.

Hj Suhaimi Said, berumur  68 tahun, memang dari keluarga pejuang dt Termerloh, Sakit sejak Pru13 lagi ,  Akhirnya diketahui mengidap kanser. Semoga Allah cucuri rahmat.


Selain Ketua Cabang Kuala Krau, Pahang beliau juga Pengerusi Biro Felda & Org Asal Parti KeADILan Rakyat

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...