16 Oktober 2013

Jangan Tunjuk Kebodohan Kamu ( Datuk Noh Gadut ) - Kata Asri


Tidak wajar kata Muslim kafir kerana soal penggunaan kalimah Allah, kata Asri


Bekas mufti Perli, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) menolak pandangan mengatakan seseorang Muslim tersebut kafir kerana mempersoalkan pengharaman penggunaan kalimah Allah ke atas penganut agama lain.

Kenyataan Asri tersebut membidas bekas mufti Johor, Datuk Noh Gadut, yang juga penasihat Majlis Agama Islam, kerana memberi amaran kepada penganut Muslim yang mempersoalkan pengharaman kalimah Allah ke atas yang bukan Muslim.

"Walaupun kamu penyokong kuat kerajaan dan bersetuju dengan apa yang mereka lakukan, kamu tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang memperlihatkan kebodohan kamu," kata Asri kepada The Malaysian Insider.
Asri kemudian menjelaskan isu kalimah Allah hanya menjadi pertikaian di Semenanjung Malaysia, sebaliknya kalimah suci tersebut tidak menjadi isu di negara-negara lain yang juga mengamalkan ajaran Islam.

"Di negara Arab yang penganutnya Muslim, tiada masalah seperti ini. Negara seperti Jordan dan Mesir, kalimah Allah telah digunakan oleh pihak gereja besar lebih 1,400 tahun dahulu lagi," katanya lagi.

"Jadi, adakah beliau (Noh) berkata semua cerdik pandai Muslim dan ulama seluruh dunia kecuali di Semenanjung Malaysia adalah kafir?"

Asri menganggap kenyataan sedemikian oleh Noh akan memberikan kesan yang besar kerana isu kalimah Allah tidak wujud di negara Islam lain.

"Beliau menuduh umat Islam seluruh negara sebagai murtad kerana membenarkan Kristian menggunakan kalimah Allah, ini sangat besar," dakwa Asri.

Noh dipetik berkata dalam Utusan Malaysia menyelar sesiapa yang mempersoalkan keputusan Mahkamah Rayuan sebagai menderhaka dan keji.

"Jika Muslim mempersoalkan dengan menyedarinya, mereka boleh dianggap sebagai kafir atau menjadi murtad," kata Noh yang dipetik berkata dalam Utusan Malaysia.

Selain itu, Asri juga menerangkan selagi kalimah Allah digunakan untuk merujuk kepada "paling agung", ia tidak bukan satu masalah kepada pihak bukan Islam untuk menggunakannya.

"Jadi, ia sebenarnya bukan satu isu. Muslim percaya kepada satu tuhan. Maka bagaimana kita boleh mengatakan Tuhan kamu berbeza daripada saya," tambah beliau.

Mahkamah Rayuan dalam keputusan semalam sebulat suara telah menghalang gereja Katolik daripada menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguan berbahasa Melayu Herald sebagai rujukan kepada Tuhan bagi agama Kristian.

Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang mempengerusikan panel tiga anggota hakim berkata ia dianggap dapatan mahkamah bahawa Kementerian Dalam Negeri tidak bertindak dalam apa-apa cara yang mewajarkan campurtangan badan kehakiman mengenai keputusannya melarang penerbitan itu menggunakan kalimah Allah.

Isu kalimah Allah bermula pada awal 2009 apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan permit akhbar Herald menggunakan kalimah Allah merujuk kepada Tuhan.

Tindakan tersebut menyebabkan gereja mengemukakan saman kepada kerajaan kerana melanggar hak dalam Perlembagaan.

Mahkamah Tinggi kemudian membenarkan semakan keputusan dan membatalkan pengharaman oleh KDN untuk menggunakan kalimah Allah oleh Herald.

Hakim turut menjelaskan gereja mempunyai hak dalam Perlembagaan untuk menggunakan kalimah Allah dalam akhbarnya kerana agama selain Islam boleh mengamalkannya secara aman dan harmoni.

Katanya, meskipun Islam merupakan agama Persekutuan, ia tidak memberi kuasa kepada kerajaan menghalang gereja menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

5 ulasan:

Awanama berkata...

Ybhg Dato Mohd Noh Gadut (DMNG) kenapa dalam hal ini cepat benar Ybhg DMNG mengeluarkan pendapat bahawa 'Kafir & Murtad' sesiapa yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayauan mengenai isu perkataan Ałlah?

Seolah-olah MR itu bertaraf lebih tinggi dari Mufti dan Ulama Mutabar, dan keputusan itu boleh dianggap seolah fatwa?

Adakah Ybhg DMNG sebahgaiaan dari MELAYU yang lebih mulia dari Islam.

PERSOALANNYA kepada Ybhg DMNG kenapa diam seribu bahasa apabila ada kepimpinan negara yang menyatakan hukum hudud tidak 'conducieve' atau tak sesuai untuk dilaksanakan dan berikrar mereka tidak akan melaksanakan hudud?

Ada orang mengna RasulAllah s.a.s bahawa janggut Baginda yang mulai tidak di potong kerana zaman itu tidak ada pisau cukur? Masa itu Ybhg DMNG masih mufti Johor D. E?

Berbagai lagi jika nak disenaraikan namun Ybhg DMNG terus diam membisu... Seolah tidak sengar dan tidak terbaca penghinaan itu. TERUTAMA MEREKA YANG MENGGELAR DIRI MEREKA ISLAM.....

Bahawasanya surmon mengguna perktaan Allah di gereja di Sabah telah begitu lama diguna sejak 80an lagi
... Kenapakah sekarang baru bising.....

Adalah sebagi Islam memadai dengan mendakwa terlalu cinta dengan Nama Allah sedangkan syariatNya dan Sunah RasulAllah s.a.w BOLEH DIPERSENDA DAN DINAFIAKN?

Sempitnya Islam Melayu ini.......

Awanama berkata...

Bukan!!!!!!!!
Agama melayu laaaaaa.
Kalo islam dah lama faham.
Lepas nie perjuangkan tanah perkuburan
melayu plak.selain melayu x key.
Termasuk mamak.

Awanama berkata...

ramai islam celup dalam bangsa melayu

Kecut berkata...

noh gadut.... kenapa tk komen kes fitnah liwat ke atas insan muslim bernama anwar ibrahim?

penakuuttt.

Rububiyah berkata...

kalau bukan islam tanya noh badut :

Siapa Tuhan saya?

berani ke noh badut kata, u punya Tuhan bukan Allah, hanya org islam saja Tuhannya Allah.

apa jadi dgn akidah noh gitu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...